(Video) Lelaki Dipercayai Anggota Polis Pukul Isteri Dalam Pantang Depan Balai

(Video) Lelaki Dipercayai Anggota Polis Pukul Isteri Dalam Pantang Depan Balai merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video) Lelaki Dipercayai Anggota Polis Pukul Isteri Dalam Pantang Depan Balai.


Tersebar hari ini sebuah video di Facebook di mana seorang wanita telah merakam tindakan seorang lelaki yang didakwanya seorang anggota polis telah memukul seorang wanita dipercayai isterinya yang masih dalam pantang.

Menurut wanita yang memuatnaik video berkenaan, Puan Eyka Zulaika, katanya kejadian berlaku di Pondok Polis Felda Redong, Segamat.

Beliau memuatnaik video berkenaan dengan kepseyn berbunyi, " Tindakan seorang anggota polis Redong yang kurang ajar sanggup bersikap kasar terhadap isteri yang dalam pantang !!! tolong viralkan supaya di ambil tindakan dengan segera !!!!".


Berdasarkan video berkenaan, dilihat seorang wanita yang berjalan terbongkok-bongkok mungkin kerana dalam pantang dipimpin oleh seorang wanita lain sambil mengendong seorang budak dan seorang lelaki yang keluar masuk dalam balai memukul wanita yang berkenaan.

Apapun, elakkan membuat sebarang spekulasi, kita tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya, betul atau tidak itu anggota polis, serahkan kes kepada polis untuk menyiasat dan harap tindakan tegas terhadap lelaki yang memukul wanita tersebut. - Siakapkeli.my

#Panas di (Video) Lelaki Dipercayai Anggota Polis Pukul Isteri Dalam Pantang Depan Balai
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment