Marah Semasa Berebut Parking, Saya Terasa ‘Kesannya’ Dan Nekad Lakukan Ini

Pernah sekali seorang perempuan yang panas baran mengores kereta saya dari hujung ke hujung dengan kunci kerana kononnya saya telah ambil tempat letak keretanya.

Mungkin silap saya tetapi bayangkanlah perasaan saya masa itu. Sudahlah saya dimaki hamun macam binatang, kereta saya pula dicalar sehingga tertanggal cat.

Dengan hati yang luka berdarah melihat kereta saya yang baru setahun dipakai menjadi cacat saya telah berdoa kepada Allah, saya tidak maafkan. Saya tidak redha.

Selagi calar kereta saya tidak hilang saya doakan hidupnya tidak tenang dan segala yang diusahakannya tidak berhasil. Dahsyat kan doa saya. Masa itu saya yakin saya orang teraniaya dan doa saya makbul dan sehingga kini saya masih belum baiki calar itu.

Kenapa saya begitu?

1. Saya cuma mengambil parking dan kebetulan hypermall itu mempunyai beratus tempat letak kereta. Wajarkah dia mencalarkan kereta saya hanya kerana satu tempat letak kereta sahaja? Sudah tentu tidak. Dia memang tiada pertimbangan. Mungkin juga ada sedikit gila.

2. Saya tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada beliau tetapi dengan mencalarkan kereta saya dia telah mendatangkan kerugian kepada saya. Wajarkah? Sudah tentu tidak wajar.

3. Saya muda dan memang keturunan Bajau Laut (sebelah arwah dad) ni cepat marah. Jadi bila berdoa saya tidak fikir panjang. Main hentam saja, janji hati puas.

Baca: 3 Rahsia Rezeki Yang Ditutup Daripada Pengetahuan Kita Rapat-Rapat

kereta-viva-1

Fast forward. Kini;

KERETA saya masih bercalar. Bila saya terlihat calar ini hati saya berdarah kembali. Berkali-kali saya ulang adegan di tempat letak kereta itu di kepala. Jika masa bisa diputar saya masih tidak dapat situasi alternatif untuk mengelakkan kereta dari dicalar.

TAPI saya sudah tidak marahkan perempuan itu. Bila sudah menjangkau umur 30-an. Saya jadi ‘mellow‘. Bila fikirkan perempuan itu saya kasihan dia. Jika doa anak yatim ini makbul sudah bertahun rasanya hidupnya tidak tenang. MasyaAllah. Berdosanya saya.

MARAH ini macam api. Siapa yang main api dia lah akan terbakar. Marah kerana dianiaya orang sekali pun, lambat laun diri sendiri yang terbakar. Jadi buat apa melayan marah? Buang tenaga saja. Marah takes a lot of energy.

HAKIKATNYA. Orang yang selalu marah-marah hidupnya tidak tenang. Mungkin tidak perlu pun saya doakan dia sebegitu rupa kerana dia panas baran. Hatinya sememangnya tidak akan tenang.

Kasihan. Suatu hari nanti dia akan belajar bahawa amarahnya tidak akan membawa dia ke mana-mana.

Orang marah ini rezekinya sempit. Hidupnya kacau. Usahanya tidak menjadi.

HAVING SAID ALL THAT.

SAYA NEKAD. Untuk buang pemarah dan dendam kesumat (hidup saya bukan filem Jean claude Van Damme). Kepada pemandu VIVA Elite hitam yang telah calar kereta saya, saya maafkan dan halalkan semua. Semoga hidup mu tenang dan semoga semua yang diusahakan berhasil. AMIN.

Istighfar 100 kali dan selawat 1000 kali.

Baca lagi: Saya Berterima Kasih Kepada Allah Kerana Dipertemukan Dengan Pak Cik Ini


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment