Kini Anda Mampu Berkongsi Pautan Kepada Rakan Anda Dengan Menggunakan Ultrasound

Kami pasti ramai daripada anda kerap untuk berkongsi pautan atau laman web kepada rakan atau keluarga anda. Jika sebelum ini anda berkongsi pautan ini menggunakan Whatsapp atau Messenger, kini terdapat satu lagi cara yang lebih cool iaitu dengan menggunakan gelombang ultrasound.

Screen Shot 2016-04-27 at 2.43.16 AM

Aplikasi Radon boleh digunakan dengan menggunakan bluetooth, Wi-Fi atau ultrasonic yang berdekatan untuk berkongsi pautan tanpa perlu padankan kedua-dua telefon pintar. Secara asasnya Radon bertindak sebagai NFC pada jarak jauh tanpa memerlukan telefon pintar anda mempunyai NFC atau menggunakan sambungan Wi-Fi yang sama.

radon2.0

Apa yang menjadikan masalah atau kecacatan kepada aplkasi Radon ini adalah kedua-dua telefon pintar haruslah mempunyai aplikasi ini agar perkongsian pautan dapat dibuat.

Setakat ini aplikasi Radon cuma terdapat pada peranti Android sahaja dan dijangka akan tiba buat sistem operasi iOS tidak lama lagi.


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment