(Gambar & Video) Ular Sawa Seberat 30 Kilogram 'Ceroboh' Kawasan Sekolah
TUMPAT: Seekor ular saw seberat 30 kilogram telah berjaya ditangkap di perkarangan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.
Ketika ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan kira-kira ham 6 pagi, ular sawa berkenaan dipercayai dalam keadaan kekenyangan.
Penolong Kanan Kokurikulum, Che Zaharah Husain berkata, ular sawa sepanjang empat meter itu ditemui di kaki lima berhadapan kelas Tahun Satu.
"Pengawal keselamatan terbabit terus menghubungi pihak sekolah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat.
"Mujurlah murid belum hadir pada waktu itu," katanya.
Menurut Che Zaharah lagi, kejadian berkenaan merupakan kejadian kali pertama berlaku di sekolah terbabit dan beliau tidak menolak kemungkinan ular tersebut mencari tempat sejuk untuk berlindung berikutan cuaca panas sekarang.
Ketua Operasi JPAM Tumpat, Mohamad Shahiran Mohamad Asri berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan ular sawa itu pada jam 6.11 pagi.
"Saya bersama seorang anggota bergegas ke lokasi untuk menangkap reptilia itu.
"Ular sawa terbabit tidak agresif kerana dipercayai kekenyangan dan kami tidak menghadapi masalah menangkapnya dan diserahkan kepada PERHILITAN," katanya. - Siakapkeli.my
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment