Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menetapkan empat kriteria utama untuk melayakkan seseorang memohon subsidi perumahan di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).
Empat kriteria itu adalah mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000, memiliki tanah sendiri, sudah berkahwin dan tidak pernah memiliki rumah sendiri sebelum ini.
Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik.
SPNB akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000
Contohnya kalau beli rumah berharga RM65,000 akan diberi subsidi RM20,000 maka jumlah pembiayaan rumah itu hanya RM45,000. Sekiranya membeli rumah berharga RM55,000 akan diberi subsidi RM17,500 manakala untuk rumah berharga RM45,000 akan diberi subsidi RM15,000 maka harga asal rumah akan ditolak dengan jumlah subsidi untuk memohon pembiayaan.
Untuk makluman Program Rumah Mampu Milik RMM Klik untuk Borang Pendaftaran Sebagai Panel SPNB Klik untuk Borang RMR - Semenanjung Malaysia (diberikan secara percuma) Klik untuk Borang RMR - Sabah & Sarawak (diberikan secara percuma) Download dan lengkapkan Borang Pendaftaran Bagi Program Rumah Idaman Rakyat
Untuk lebih lanjut sila layari laman web : http://www.spnb.com.my/
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment