8 Tip Travel Ke Beijing Melalui Jalan Darat Sambil ‘Honeymoon’ Seperti Kami
Baru-baru ini saya dan isteri telah berjaya melakukan trip honeymoon kami dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan menggunakan jalan darat pada 3 Disember – 23 Disember 2015. Bajet honeymoon trip ini adalah sekitar RM5K.
Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk panduan dan rujukan pasangan lain yang mungkin mahu lakukan trip yang sama seperti kami.
1. Kenapa Jalan Darat? Kenapa tak guna je flight?
Ini merupakan kali ke 2 saya ke Beijing, kali pertama adalah pada tahun 2013 bersama ahli keluarga (time ni bujang lagi. Hehehe).
So, kali ni saja nak cuba jalan darat. Kali ini, hanya saya berdua dengan isteri! Sebenarnya ketika ini kami baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan kami.
2. Berapa lama nak sampai ke Beijing tu guna jalan darat?
Untuk makluman semua, pengembaraan kami adalah selama 21 hari. Kami bertolak pada 3hb Disember 2015 dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 23hb Disember 2015.
Tetapi perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa hanya 10 hari. Kami tiba di ibu negara China itu pada 13hb Disember 2015 dan menghabiskan masa 11 hari lagi di Beijing.
Tarikh perjalanan : 3hb – 23hb Disember 2015 (21 hari)
3. Berapa habis? Berapa kos dari KL ke Beijing tu?
Ini merupakan soalan yang biasa kami terima daripada semua orang mengenai bajet. Secara keseluruhannya kami habis lebih kurang RM5500 (termasuk tiket balik, pengangkutan, makan & minum, souvenier, entrance fee ke tempat-tempat tertentu, visa, dll)
Dibawah ini saya kongsikan route dan kos pengangkutan yang kami gunakan sepanjang perjalanan :
- Shah Alam – Hatyai (Konsortium Bus Express) : RM 58.80 x 2 = RM 117.60
- Hatyai – Bangkok (Train – Lower Bed; Rapid Train Sg Kolok – Bangkok) = 845 Baht x 2 = 1,690.00 Baht
- Bangkok – Nongkhai (Train Upper Bed; Express Train 69) = 688 baht x 2 = 1,376.00 baht
- Train Nongkhai – Thanaleng 20 bath x 2 = 40.00 baht
- Naik van Thanaleng – Viantiane = 600 bath (sebuah van)
- Naik bas Viantiane – Hanoi (Sleeper bus) = 500,000 dong x 2 = 1,000,000.00 dong
- Train Hanoi – Nanning (Hanoi train T8701/T8702) = 950.00 dong x 2 = 1,900.00 dong
- Train Nanning – Beijing (Upper Bed, Z6 Train) = 718.50 yuan x 2 = 1,437.00 yuan
- Flight Beijing – Kuala Lumpur (AirAsiaX) 1,668.00 CNY for 2 pax
Kos Pengangkutan Keseluruhan: RM3179.40 +/-
Kos pengangkutan akan berubah mengikut tukaran matawang.
4. Duit macam mana? Korang tukar dulu ke macam mana?
Ini pun merupakan soalan kegemaran yang biasanya di tanya kepada kami. Ok, mengenai duit ni, kami tukar siap2 sebelum kami bertolak ke Beijing lagi. Berikut merupakan tukaran matawang yang kami lakukan.
Yuan : CNY3500.00 = RM2311.00
Vietnam Dong : 4,500,000 = RM877.50
Thai Baht : 10,000 = RM1207.00
Tukaran dibuat pada 2 December 2015. Sehari sebelum kami bertolak.
Boleh dikatakan, tukaran matawang yang kami buat semasa duit RINGGIT masih lagi tidak kukuh.
Mungkin kami akan dapat jimat lagi jika RINGGIT diniagakan tinggi di bursa saham. Ayat persis pakar ekonomi.
Duit yang kami tukarkan ni adalah untuk perbelanjaan dan kos pengangkutan yang diperlukan. Jadi, kami telah asingkan siap-siap duit untuk pengangkutan dan duit untuk shopping.
Ini bagi menggelakkan kami short duit. Selain itu, kami juga telah mengaktifkan kad bank untuk pengeluaran di luar negara. Kalau-kalau duit tidak mencukupi.
5. Macam mana tempat tinggal? Korang duduk kat mana je?
Haa, yang ni bergantung kat korang sebenarnya. Sama ada korang nk hotel yang mewah, hotel bajet, gueshouse, couchsurfing ataupun dorm. Kadang-kadang perjalanan yang jauh begini kita banyak tidur dalam kenderaan seperti bus dan keretapi.
So, berikut merupakan tempat-tempat yg kami transit & overnight during our trip :
- Bangkok – The Manhattan, Bangkok (Hadiah Kahwin from my uncle) 4 Days 3 Nights.
- Hanoi – Brother Inn (Booked thru agoda.com) 2 days 1 night
- Nanning – Travelling With Hostel (Booked thru agoda.com) 2 days 1 night
- Beijing – Malaysia Embassy, Beijing (Cousin)
Untuk penginapan ni, kalau korang nak book any hotel / hostel. Pilihlah lokasi yang berdekatan dengan public transport supaya korang mudah nak bergerak.
6. Makan macam mana?
Cerita pasal makanan pula, kami bawa makanan (tapau) dari rumah lagi. Kalau diikutkan, makanan halal sepanjang perjalanan mudah di cari kecuali di Laos. Lagipun kami hanya transit sehari di Laos.
Apa yang kami bawa adalah makanan yang boleh tahan lama, seperti tempe sambal, nasi impit yang belum direbus, 3 in 1 Milo & Nescaffe, Nutella, Choclate bar & Lauk ready meals (sardin, kari ayam, etc).
Peralatan memasak pun kami ada bawa iaitu multicooker bagi memudahkan kami memanaskan/memasak lauk.
Baca: 4 Risiko Besar Yang Ramai Traveller Pandang Remeh Sewaktu Mengembara
7. Visa?
Ya, anda memerlukan visa untuk masuk ke China. Thailand, Laos, Vietnam hanya memerlukan Pasport Antarabangsa. Pastikan tarikh tamat pasport anda tidak kurang daripada 6 bulan.
Bagi permohonan visa china, korang boleh rujuk di laman web berikut : http://ift.tt/1UegEcp
8. Selamat ke? Tak bahaya ke?
Alhamdulillah. Boleh dikatakan selamat.
Pada pandangan saya, selamat atau bahaya ini terlalu subjektif. Setiap perkara yang kita lakukan pastinya ada risiko. Walaupun hanya berbasikal di depan rumah. Betul tak ?
Apa yang saya amalkan ialah membaca ‘Doa Elak Bahaya’ sepanjang perjalanan dan banyakkan berdoa. Doa seorang musafir kan antara doa yang mustajab. Selain itu, kita perlulah mengambil langkah-langkah keselamatan yang lain:
- Jangan lalu di lorong-lorong yang gelap dan sunyi.
- Simpan duit dan pasport di tempat yang paling selamat. Duit tu kalau boleh asing-asingkan. Jangan simpan satu tempat sahaja.
- Pastikan keluarga anda tahu keberadaan anda. Maksudnya, share itinerary anda dengan ahli keluarga. Sentiasa update dgn family.
Walaubagaimana pun, kita tidak boleh lari dari kecelakaan. Betul tak?
Antara kecelakaan dan ancaman yang biasa terkena kepada para pelancong biasanya ialah scam.
Kami juga antara mangsa scam apabila kami tiba di Hanoi. Kami telah ditipu oleh pemandu teksi. Meter yang digunakan telah diubahsuai dan kami telah kerugian hampir 500,000 dong. iaitu hampir RM100.00 untuk jarak hanyak 3km.
Maka berhati-hati ketika mengambil teksi. Oh ya! Vietnam boleh dikatakan tempat yang banyak scammer. maka berhati-hatilah apabila anda melancong ke sana!
Akhir kata, pergilah mengembara!
Baca lagi: Pemuda Ini Beranikan Diri Travel Solo Ke Luar Negara Buat Pertama Kali Selepas Baca Vocket
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment