Borang Permohonan Online MyHome 2016 Skim Rumah Pertama
RAMAI yang mengeluh dek kerana banyak rumah yang disediakan di kawasan perumahan dan taman yang amat mahal dan jelas sekali sukar untuk dimiliki untuk bersama-sama keluarga. Satu alternatif terbaru yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia dengan memberi kemudahan pada rakyat Malaysia adalah Skim Rumah Pertama MyHome.
Dapatkan subsisdi sehingga RM30,000 bagi golongan belia yang masih belum pernah memiliki rumah. Dengan penawaran Skim Perumahan Mampu Milik Swasta, pembeli boleh mendapatkan rebat pembelian atau potongan sehingga RM30,000 dari harga asal rumah mengikut harga semasa.
Syarat Kelayakan MyHome Skim Rumah Pertama
A) Berumah 18 tahun dan ke atas
B) Mestilah warganegara Malaysia
C) Bantuan Subsidi RM30,000 maksimum dari harga sebenar rumah tersebut
D) Gaji pendapatan isi rumah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM6,000 sahaja.
E) Mematuhi tangga gaji seperti dibawah
Skim MyHome MyHome 1:
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 800 Kaki Persegi
Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
MyHome 2:
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 850 Kaki Persegi
Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Cara Daftar Borang Permohonan Skim MyHome 2016
1. Borang Skim Myhome Online: http://ift.tt/1SrvyuP;
2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan. Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja).
3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan & Wajib Dihantar Bersama Borang (Semua dokumen ini wajib di gambar atau scan dan lampirkan bersama borang secara online)
A) Salinan kad pengenalan pemohon
B) Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
C) Salinan kad pengenalan anak
D) Salinan slip gaji
E) Salinan surat OKU jika ada
Aduan Mengenai Borang SkimMyHome (Tips)
Ramai mengadu gagal akses ke portal MyHome untuk dapatkan borang kerana portal MyHome bermasalah dengan isu keselamatan “security”. Sila proceed sahaja untuk dapatkan borang MyHome secara online seperti tertera dibawah.
1. Sila gunakan Google Chrome Sahaja. Sila klik “Proceed To laman Myhome” untuk akses borang.
2. Borang MyHome sedia di isi secara online
P/S : Semoga artikel ini menjadi rujukan dan panduan buat pembaca untuk memiliki kediaman sendiri.
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment