Ahmad Razif Mungkin Diganti, Dua Nama Sudah Disebut-Sebut


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman kemungkinan akan digantikan dengan menteri besar yang baru, lapor Sin Chew Daily.

Laporan berkenaan juga telah memetik beberapa sumber di mana katanya, perubahan pucuk kepimpinan negeri berkenaan adalah hampir pasti selepas sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin awal minggu ini telah melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Razif.

Memetik sumber juga berkata, pertemuan yang disebut-sebut antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Sultan Terengganu mungkin membincangkan pengganti Razif.

Laporan berita itu juga mendakwa bahawa pihak Istana Terengganu kini cenderung kepada ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat untuk mengambil alih jawatan menteri besar.

Walaubagaimanapun, pemimpin Umno pula dikatakan lebih cenderung untuk menjadikan ADUN Permaisuri, Datuk Mohamad Jidin untuk diangkat menjadi menteri besar.

Rozi sebelum ini dalams atu kenyataan kepada  portal Free Malaysia Today berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu dan oleh itu sebarang desas-desus mengenainya adalah tidak benar.

Walaupun mengesahkan bahawa Razis masih belum secara rasmi berundur, laporan itu memetik sumber sebagai berkata kedudukan Razif itu sudah tidak lagi dapat dipertahankan.

"Walaupun jika beliau tidak bersedia untuk berundur, tapi tanpa sokongan istana, ia akan menjadi sangat sukar bagi kerajaan negeri untuk terus berfungsi.

"Dalam keadaan seumpama itu, peletakan jawatannya akan menjadi satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini," kata sumber itu. - Siakapkeli.my


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment