Logo Pelancongan RM15,000 Dikritik Netizen, Datuk Bandar KL Tampil Beri Penjelasan
Kuala Lumpur, 29 Apr: Sebelum ini, logo pelancongan yang dibuat oleh DBKL mendapat kritikan orang ramai berikutan 'rekaan' yang terlampau mudah dan dikatakan menelan belanja sebanyak RM15,000.
Berikutan itu, Datuk Bandar KL, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
Menurut beliau, kos RM15,000 yang dinyatakan bukanlah untuk rekaan logo itu semata-mata tapi kos tersebut termasuk kos pelancaran dan promosi.
Malah, beliau juga berkata logo tersebut ditaja oleh syarikat persendirian.
“Ia untuk banyak benda. Untuk pelancaranlah dan semuanya,” kata Mhd Amin kepada media selepas pertemuan dengan wakil rakyat ibu negara di sini.
“Logo itu ditaja sebuah syarikat persendirian. Sekarang dalam pelancongan kita ada banyak penaja bersama.”
Logo pelancongan yang dikritik netizen |
Logo tersebut sebelum ini dikecam oleh orang ramai yang menyifatkan ianya terlalu mudah dan ada yang menyifatkan logo itu hanya memerlukan masa 5 minit untuk disiapkan dan ada juga yang mendakwa logo terbabit hanya menggunakan templat. - Siakapkeli.my
Netizen mendakwa logo tersebut guna templat. |
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
The Bone Broth Cookbook Review
ReplyDeleteHow many of you have children who come home from school with a pamphlet and marching orders to go sell popcorn for candy for the school? I don't know about you, but I can only eat so much of those over-priced snacks. Then you must hit up all your neighbors and friends who begrudgingly fork over the cash. Actually, that kind of fundraiser is more extortion than anything else. No one wants to be the neighbor who is known as the guy who said, "No thanks, kid. I'm not interested." So you hand over the money just to maintain your reputation.
http://centumentltdreview.com/the-bone-broth-cookbook-review/