3 ‘Mindset’ Tidak Patut Ada Apabila Memulakan Bisnes

1. Mula bisnes sebab nampak bisnes lain laku.

Lalu memulakan bisnes dengan harapan produk laku keras seperti yang kita nampak pada bisnes orang lain.

Bisnes yang kita nampak sudah stabil, yang pelanggannya berduyun-duyun itu kita harus tahu bagaimana susah payah mereka bermula.

Adakah kita sanggup melaluinya?

2. Mula bisnes sebab mahu pendapatan lebih banyak dengan kadar segera.

Krik krik krik….

Ini silap. Bersedia untuk pendapatan yang tidak menentu selama ………..?

Ia bergantung. Ada yang cepat ada yang lambat.

Untuk lebih selamat, letak sahaja 3 tahun! Tempoh ini siap sedia untuk pelbagai cabaran.

Jika ditanya saya, satu kebaikan yang saya belajar dalam tempoh ini ialah belajar untuk makan ketika betul-betul lapar, dan berhenti sebelum kenyang.

Paling best saya mula tahu lubuk-lubuk nasi lemak bungkus yang dijual harga seringgit di KL. Makan 2 bungkus kenyang!

Haaaa ingat, bagi yang sudah berkeluarga bukan perut kita seorang harus diisi! Sanggupkah kita hadapi?

Orang muda, tempuhilah tempoh ini seawal mungkin. Banyak kelebihannya.

3. Mula bisnes sebab stress bekerja.

Stress bekerja?

Oleh itu, buat keputusan terjun bisnes sebab mahu hilang stress?

Bisnes bukan pil panadol.

Ramai orang sesak nafas apabila berhenti kerja dan mula berniaga.

Disangkanya planet bisnes lebih indah, rupa-rupanya hutan belantara berpuaka.

Stress bekerja, jauh lebih mudah daripada stress berniaga!

Tanya soalan ini :

Bisnes itu harus susah-susah dahulu.

Bisnes itu ambil masa mahu pendapatan lebih banyak. Tidak terlalu cepat. Jika ada ilmu, tidak juga terlalu lambat, dengan izin Allah.

Bisnes itu ada cabarannya sendiri. Bukan licin sahaja perjalanan. Ada naik turun.

Jadi anda masih mahu teruskan setelah faham betul-betul perkara di atas?

Bermula sekarang! – Eh, mahu telan bulat2 nasihat ini? Jangan…

Bermula apabila mindset kita sudah bersedia untuk memahami dan menerima ‘sepak terajang’ yang bakal dihadapi.

Menerima bukan tanda kita berfikir negatif dan mendoakan bukan-bukan.

Menerima untuk kita lebih bersedia. Supaya kita lepasi tempoh itu dengan bergaya.

93% bisnes lingkup 3 tahun pertama. Telan hakikat ini.

Tidak kira betapa banyaknya kita dipertontonkan kisah kejayaan yang terpampang di media, itu hanya mewakili sebahagian minoriti kecil 7%.


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment