Dekorasi Menarik Gaya Ikea Di Rumah Flat Dengan Bajet Minima
Ramai yang berpendapat jika mahu menghias rumah dengan cantik dan menarik, tunggulah sehingga ada rumah sendiri. Tapi berbeza pula dengan Puan Fatin Aqilah yang baru saja mendirikan rumah tangga sejak 4 bulan yang lalu.
Meskipun hanya tinggal di rumah flat yang disewa, Puan Fatin lebih selesa meneruskan minat dekorasi bagi menjadikan rumah kecil beliau kelihatan kemas dan cantik.
Rumah sewa yang terletak berhampiran Taman Equine Park, Seri Kembangan dengan keluasan 720 kps dengan 3 bilik dan 2 bilik air ini dihias indah mengikut citarasa penghuninya.
Saya jenis suka simple tapi nampak cantik.Tak semua orang mampu beli perabot mahal-mahal termasuk saya. Saya baru 8 bulan menyewa dekat sini. Walaupun rumah sewa tapi saya tetap nak deko ikut citarasa dan kemampuan saya walaupun ramai orang cakap “rumah sewa tak perlu deko cantik-cantik”.
Sebab bagi saya, kalau rumah kemas dan cantik, kita pun senang dan tenang nak duduk dekat rumah. Lagipun kita nak duduk bukan sehari dua, mungkin 6-8 tahun.
Menurut Puan Fatin, dekorasi dan hiasan rumah dilakukan bersama dengan suami beliau. Kebanyakan barangan deko dibeli daripada Ikea, Kaison dan Index Living.
Rujukan dan idea dekorasi pula banyak diambil daripada group dekorasi di FB, majalah dan ada juga disuai padan mengikut idea sendiri.
Jom layan dekorasi menarik hasil sentuhan Puan Fatin dan suami. Mudah-mudahan ia dapat dijadikan rujukan buat anda juga.
Baca: 11 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pilih Perabot Di Ikea
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment