Pelajar Terkejut Jumpa Ular Tedung Sepanjang 2 Meter Dalam Makmal Sekolah


LABUAN: Ratusan pelajar sebuah sekolah menengah di sini terkejut dan kecoh apabila mengetahui bahawa seekor ular tedung telah ditemui di dalam makmal sekolah berkenaan, lapor Bernama.

Ular tersebut sepanjang dua meter telah ditemui oleh pelajar SMK Pantai ketika sedang belajar di makmal berkenaan pada 11 pagi tadi, dan segera memaklumkannya kepada guru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata, mereka telah menerima panggilan daripada guru berkenaan pada 11.25 pagi, dan satu pasukan segera dihantar ke sekolah itu.

"Pasukan kami segera bergegas ke tempat itu sebelum ular berkenaan lari ke tempat lain. Amat berbahaya sekiranya ular tedung itu pergi ke kawasan sekolah.

Kami mengambil langkah lebih berwaspasda dalam menangani ular tedung kerana ia berbahaya. Nasib baiklah tiada murid yang cedera," katanya.

Menurut beliau, pasukannya telah mengambil masa hanya beberapa minit untuk menangkap ular itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar. - Siakapkeli.my


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment