9 Cara Travel Murah Dan Bijak Tanpa Perlu ‘Touch And Go’ Di Setiap Destinasi
Sejak akhir-akhir ni ramai yang dok kutuk orang share itinerary travel budget. Katanya tak logik. Katanya touch and go.
Si pengembara pulak, buat topik nak gempak saja. Jepun 7 hari, RM500! Ye lah mana taknya, pergi ke Jepun bajet 500 untuk seminggu? Kau gila! Murah tu. Bila perincikan. Tak termasuk kos itu dan kos ini. Kau ingat semua orang nak tidur di airport ye?
Sebagai traveler yang penah kongsi itinerary traveler aku terpanggil untuk mengulas isu ni. Travel bajet tak salah, tak perlu touch and go. Cuma kena bijak!
Berikut adalah tip-tip bijak untuk travel murah.
1. Tiket Penerbangan
Perkara paling utama untuk travel bajet rendah adalah tiket penerbangan. Contoh, kalau tiket RM750 pergi ke Eropah, berbanding tiket RM3500 ke Eropah? Mana lagi jimat?
Macamana nak dapat tiket murah? Senang je?
- Langgan berita dari airlines (news letter)
- Beli tiket ikut promosi lokasi
- Pilih airport yang terkenal, sebab banyak syarikat penerbangan pergi ke airport tersebut – London, Paris, Amsterdam, Barcelona, Rome, Istanbul dll.
- Pilih syarikat penerbangan dari timur tengah yang biasanya kerap melakukan promosi tiket seperti QR, RJ, EK, EY dll.
- Pilih airport untuk penerbangan keluar (outbound airport) di sekitar lokasi anda. Contoh SIN, BKK, CGK dll
- Multi-city airport kadang-kadang jauh lebih murah dari return flight. Contoh: KUL-LHR, CDG-CGK.
2. Lokasi
Pemilihan lokasi untuk travel adalah sangat penting untuk menentukan bajet sesebuah perjalanan itu tinggi atau rendah.
Antara perkara penting yang mempengaruhi lokasi sesebuah destinasi ialah:
a. Kos sara hidup
Adalah sangat penting utk memastikan kos sara hidup di sebuah bandar, kena dengan bajet anda. Sebagai contoh, kos makanan dan tempat tinggal di Zurich, London, Paris, Amsterdam adalah jauh lagi mahal berbanding Budapest, Bratislava, Prague atau Krakow.
b. Jarak antara lokasi
Pemilihan destinasi semasa travel juga mempengaruhi keseluruhan bajet anda. Jangan disebabkan kehendak anda yang berbangga mengejar berapa banyak negara anda lawati, anda abaikan pengiraan jarak antara lokasi yang melibatkan kos yang besar.
Contoh London-Paris- Brussel-Amsterdam-Berlin-Warsaw-Prague adalah lagi mahal berbanding Paris-Brussel-Amsterdam-Colonge-Frankfurt-Munich-Vienna-Bratislava-Budapest.
Baca: Nah, Ini Tips Dapatkan Harga Diskaun Untuk Tiket Kapal Terbang. Mungkin Juga Dapat Tiket FREE!
3. Pengangkutan
Jenis pengangkutan semasa mengembara adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi bajet anda.
a. Penerbangan
Sekiranya bagasi anda bawah 7kg (kabin), pengangkutan ini adalah yang terbaik dan sempurna. Selain menjimatkan masa, ianya sangat murah.
Bayangkan dari Dublin-Bristol hanya 9.45 € jika tempah menggunakan Ryan Air. Namun, sekiranya anda ingin check in bagasi anda, tambahan kos sebanyak 30€ untuk 15kg.
b. Kereta api
Laju dan mahal. Namun tidak semua destinasi adalah mahal.
c. Bas
Pengangkutan paling ideal utk pengembara bajet rendah. Promosi untuk tiket bas, kadang-kadang serendah 1€.
d. Feri
Pengangkutan paling ideal yang menghubungkan antara pulau. Contoh antara UK – Ireland – Isle of Man. Kebiasaannya syarikat feri ada kerjasama dengan syarikat bas dimana harga bas termasuk harga feri seperti syarikat bas citylink yang menghubungkan Glasgow/Edinburgh dengan Belfast.
4. Musim
Musim sejuk adalah musim termurah untuk mengembara. Namun waktu siang adalah sangat pendek. Dari 8am hingga 4:30 pm sahaja.
5. Makanan
Ramai yang membawa bekal dari Malaysia untuk mejimatkan kos. Bagi saya, saya lebih tertarik untuk makan makanan tempatan.
Contoh – Pizza di Germany hanya 3-3.50€ untuk dua potongan besar. Cukup besar untuk kenyang dari pagi sampai ke petang. Begitu juga kebab. Jika makan di retoran, saya tidak memesan air.
Cukuplah minum Evian dengan harga 95 sen 1.5 liter di beli di pasaraya. Ianya lagi murah berbanding minum di kedai.
Untuk yang gemar memasak pula, pilhan bahan mentah di pasaraya adah sangat murah! Anda akan terkejut dengan harga tersebut. Contoh, pasaraya KOOP di Zurich.
Baca: 7 Tip Beli Tiket ‘Flight’ Murah Melalui ‘Online Travel Agent’ Di Skyscanner
6. Durasi
Tempoh pengembaraan adalah faktor sampingan untuk menentukan bajet akhir anda. Tempoh waktu yang panjang adalah lagi berkualiti dan murah berbanding tempoh yang dekat.
Di sebabkan anda mempunyai alternatif untuk beredar dari satu destinasi ke satu destinasi dengan menggunakan harga promosi. Sebagai contoh, kos perjalanan saya ke Eropah dalam masa 10 hari adalah lebih kurang sama dengan kos 21 hari saya di Eropah.
7. Lencongan
Sekiranya hotel destinasi pilihan anda terlalu mahal atau pun penuh di sebabkan acara-acara besar seperti Euro 2016 , lakukan lencongan (divert) untuk mendapat hotel / hostel yang ideal yang sesuai dengan harga anda. Contoh Nice-Marco Polo, Pisa-Florence, Machester-Liverpool, Vienna-Bratislava.
8. Penempatan (accommodation)
Seadainya anda pengembara solo, hostel adalah jalan terbaik. Berdua, bilik adalah terbaik, berkumpulan, apartment adalah yang terbaik. Namun, haruslah lakukan kajian dan membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.
Saya juga mencari penempatan berdekatan tram / metro untuk kemudahan mobiliti dan juga menjimatkan kos. Penempatan di kawasan pelabcongan juga adalah idea terbaik di mana anda hanya perlu berjalan kaki ke destinasi.
9. Had perbelanjaan
Had perbelanjaan adalah sangat penting untuk setiap trip. Samaada trip yang pendek mahu pun perjalanan yang panjang.
Antara had yang saya lakukan:
a. Pembelanjaan harian – saya limitkan 20€ untuk perbelanjaan harian untuk makan, minum dan tram. Serta tiket masuk.
Nota: Sesetengah tiket masuk, saya sudah beli dalam talian.
b. Tempat tinggal – Saya mengehadkan RM80 semalam. Sekiranya terlebih, saya akan kurangkan kos untuk lokasi seterusnya. Cotoh di paris RM120, jadi saya terlebih RM40. Maka saya akan tempah hostel di Hamburg dengan harga RM40.
c. Penerbangan – Had tiket penerbangan kepada RM2,599 untuk ke Eropah, melainkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan sahaja.
d. Ole-ole – Hadkan ole-ole seperti magnet kepada maksimum 3€. Jangan beli lebih dari harga tersebut melainkan anda ada lebihan wang.
Jadi, tak susah kan nak travel bajet? ‘Travel like a boss, pay like a beggar’
Baca lagi: 10 ‘Trick’ Beli Tiket Kapal Terbang Dengan Lebih Murah
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment