Lubuk Perabot Murah Di China, Saya Jimat Ribuan Ringgit Di Sini

Nak beli perabot murah? Sini lubuknya. Boleh jimat ribu-ribu woo!

Saya kini berada di Foshan, China. Naik penerbangan turun di Guangzhou kemudian naik teksi selama 1 jam. Tujuan saya ke sini ialah untuk membeli perabot-perabot murah bagi melengkapkan rumah baru saya yang bakal selesai renovationnya awal bulan depan.

Ada satu tempat di Foshan ni yang sangat-sangat best. Apa perasaan anda bila nampak meja pejabat macam kat IKAE (bukan nama sebenar) RM1,500 tapi kat sini cuma RM260 je? Atau sofa FFS (pun bukan nama sebenar) yang RM4-5k dijual RM1-2k di sini? Atau set bilik tidur maharaja yang RM7-8k, di sini baru RM2-3k? Mesti rasa nak nangis kan? Huhuhu…

Salah satu kedai chandelier.

Salah satu kedai chandelier.

Ya begitulah realitinya di sini. Itu baru satu barang tu. Kalau anda beli banyak memang puluh ribu juga jimatnya. Memang benar bagai dikata, di sini semuanya murah berkali-kali ganda. Selepas tolak flight, hotel dan shipping cost anda masih jimat banyak. Syaratnya kena beli banyak baranglah baru berbaloi. Hotel dan flight dalam RM1,600 pergi balik 5 hari 4 malam.

Cakaplah nak cari apa, segala mak nenek perabot ada dijual di sini dalam satu kawasan seluas 10 kilometer! Tak larat nak explore semua pasal banyak giler! Barang yang dijual di Malaysia semua ada di sini, malah trend terbaru pun ada. Lampu chandelier 18 bulb saya beli ni baru RM1,300 (2000 yuan). Di Malaysia senang-senang RM3-4k untuk lampu besar macam tu. Kristal tu, bukan kaca. Sinaran dia jauh beza.

Kedai saya beli chandelier murah-murah.

Kedai saya beli chandelier murah-murah.

Soal makan jangan risau. Restoran halal ada di sini. Nasi goreng dalam RM7 je. Soal penghantaran dari Foshan ke Malaysia kita boleh guna khidmat Borong China Services & Trading. Lebih kurang 1 bulan barang sampai. Beli barang pun kalau stok tak ada kita perlu bayar deposit 30% je. Bakinya bila stok sudah ada boleh minta tolong BCST bayarkan dan uruskan penghantaran bila kita sudah balik ke Malaysia.

Oh ye apakah nama tempat tu? Namanya LECONG FURNITURE MARKET. Tempat lain dalam Foshan ni banyak lagi tapi mahal. Di area Lecong ni je murah.

Tolong SHARE dan TAG kawan-kawan ye, terutamanya yang baru nak pindah rumah tu. Ramai lagi yang tak tahu pasal lubuk perabot ni.

Soalan-soalan Yang Sering Ditanya

1. Di mana ni? Bagaimana nak ke sana?

Salah satu plaza perabot di sini.

Salah satu plaza perabot di sini.

Di Lecong Furniture Market, dalam Foshan. Naik flight turun di Baiyun Airport (Guangzhou), kemudian naik teksi terus ke Lecong dalam 1 jam perjalanan. Tambang dalam 200-300 yuan (RM130-195). Kos flight dalam RM500-800+ sehala.

Anda perlukan visa untuk masuk China. Caj buat visa RM150. Kalau buat sendiri hampir RM90 juga. Lebih baik suruh agensi tolong buat lagi senang. Seelok-eloknya 2 minggu sebelum pergi dah kena hantar.

2. Hotel yang terdekat?

Nak duduk dekat area ni boleh duduk hotel ni.

Nak duduk dekat area ni boleh duduk hotel ni.

Rujuk gambar ya. Dari hotel ni jalan kaki je ke Lecong tu. Foshan ni tak ada apa-apa yang menarik pun. Datang beli perabot lepas itu balik jelah. Harga hotel dalam RM100+ je.

3. Ada restoran makanan halal di sana?

Nasi goreng daging. 12 yuan or RM7.

Nasi goreng daging. 12 yuan or RM7.

Ada dua, di kiri dan kanan jalan. Kalau nasi goreng tu 13 yuan (RM8). Tapi saya nasihatkan elok bawa makanan sendiri dari Malaysia lah sebab takut rasa masakan diorang tak kena dengan selera tekak anda huhuhu…

4. Betul ke diorang tak pandai cakap English?

Inilah lampu saya beli.

Inilah lampu saya beli.

Ya, memang betul tapi tak semua. Ada juga yang faham basic English. Penyelesaiannya mudah saja, install apps Google Translate. Taip di situ apa anda nak tanya, lepas tu nanti dia taip balik di handphone anda. Pastikan keyboard sudah set Chinese (simplified) siap-siap. Diorang cakap Mandarin. Kalau anda pandai cakap Mandarin memang ia satu kelebihan besar.

5. Harga memang murah giler ke kat sana?

Di Malaysia kerusi ni RM300-400. Sini 129 yuan atau dalam RM70 huhu...

Di Malaysia kerusi ni RM300-400. Sini 129 yuan atau dalam RM70 huhu…

Yup, memang murah giler! Tengok jelah contoh perbandingan harga sofa dan bedroom set tu. Itupun tak nego betul-betul (disebabkan kekangan bahasa). Tapi saya perhatikan kalau barang hiasan dalaman (cermin, pasu dsb) tak jauh beza dengan Malaysia.

Satu lagi, anda hanya perlu bayar deposit sahaja. 5-30% daripada total purchase. Baki hanya perlu dibayar apabila stok sudah sedia untuk dihantar ke pelabuhan di Guangzhou. Anda boleh gunakan Telegraphic Transfer atau nak lagi senang, gunakan saja khidmat agen.

6. Bagaimana flow beli barang?

Set bilik tidur maharaja murah-murah wooo.

Set bilik tidur maharaja murah-murah wooo.

Pilih nak beli apa > bayar deposit > ambil resit dan tunggu barang siap untuk dihantar ke pelabuhan Guangzhou > bayar baki dan caj penghantaran > barang sampai di pelabuhan Guangzhou untuk pengumpulan dan pemeriksaan > hantar melalui kapal ke Port Klang dan seterusnya ke rumah anda.

7. Caj penghantaran berapa? Kena bayar cukai kastam atau caj-caj lain? Bila barang boleh sampai?

Contoh kedai perabot kecil-kecil yang ada banyak di sini sampai kaki lenguh nak explore.

Contoh kedai perabot kecil-kecil yang ada banyak di sini sampai kaki lenguh nak explore.

Ni soalan popular, hahaha. Caj penghantaran murah je, RM390 per cubic meter (1m x 1m x 1m). Kalau sofa mungkin makan ruang 2 cubic meter. Caj ni dah termasuk cukai dan lori ke pintu rumah anda. (Ground floor sahaja ya.)

Caj-caj lain ialah kos penghantaran dari Lecong ke Guangzhou. Ini bergantung kepada berat, saiz dan kuantiti. Kalau beli banyak mungkin mereka tak caj. Barang saya beli, kadarnya 80-500 yuan setiap satu.

Barang dijangka sampai dalam tempoh 3 minggu setelah keluar dari Guangzhou, tertakluk kepada kelancaran pemeriksaan kastam.

8. Bagaimana saya nak pastikan barang saya dapat tu memang ikut apa saya nak? Takut beli lain tapi sampai lain pula

RM6,500 je ni kat Lecong. Malaysia mau RM20-25k nih.

RM6,500 je ni kat Lecong. Malaysia mau RM20-25k nih.

Senang je, don’t worry.

Anda dinasihatkan ambil khidmat inspection atau pemeriksaan barang di Guangzhou. Agen boleh tolong, caj 3% sahaja daripada harga barang. Kalau tak sama spesifikasi macam yang dibeli mereka akan suruh supplier tukar. Semua barang dah OK baru diorang akan hantar ke Malaysia.

9. Tak takut kena tipu ke beli barang di sana?

Set bilik tidur maharaja solid wood RM3,100+ di sana. Sini? Sila sediakan RM7-8k 😅 oh ye itu dua side table tau. Malaysia bagi satu je side table. Dan itu harga untuk almari 6 pintu! KING SIZE BED wooo!

Set bilik tidur maharaja solid wood RM3,100+ di sana. Sini? Sila sediakan RM7-8k 😅 oh ye itu dua side table tau. Malaysia bagi satu je side table. Dan itu harga untuk almari 6 pintu! KING SIZE BED wooo!

Untuk kurangkan risiko kena tipu tu lah kena guna khidmat inspection tu. Anyway, setujukan kalau saya kata peniaga Malaysia atau China, dua-dua pun kita boleh menipu juga. Kan? Hehehe.

Terima kasih, semoga bermanfaat.

Info lanjut boleh terus hubungi page Borong China Services & Trading.


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment