Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah di Bawah RM100,000 Dengan Deposit RM1
Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah di Bawah RM100,000 Dengan Deposit RM1 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah di Bawah RM100,000 Dengan Deposit RM1.
KUALA LUMPUR, 1 Apr - Rakyat Johor berpeluang untuk memiliki rumah bernilai di bawah RM100,000 dengan pembayaran deposit serendah RM1.
Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Bank Rakyat dan Yayasan Sultan Ibrahim yang bertujuan untuk memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Menurut Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak, bank terbabit memperuntukkan sebanyak RM500 juta pembiayaan akhir kepada pembeli yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.
"Pembeli hanya perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Butiran lanjut projek tersebut akand iumumkan oleh Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. - Siakapkeli.my
#Panas di Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah di Bawah RM100,000 Dengan Deposit RM1by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment