Hantaran kahwinku rm 22,222,22 kerana tak cukup seribu aku terus jadi janda



Kisah pengantin dicerai talak tiga selepas akad nikah kerana duit hantaran tak cukup! Pelbagai reaksi dan respon mengenai majlis akad nikah di masjid yang bertukar jadi medan pergaduhan antara dua keluarga pengantin. Ini kisahnya lain pula.

Padah Tamak, Gara-gara Tak Cukup Seribu Tak Pasal Menjanda
Gambar Hiasan 

Bagi kami, benda sudah berlaku dan laporan polis juga sudah dibuat oleh kedua-dua pihak. Sama-sama kita nantikan keputusan dari hasil siasatan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, tak salah kalau kita ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran. Ada yang tak kena boleh bincang. Ada yang kurang boleh dirundingkan. Tapi kalau ia disusuli dengan ‘perang mulut’ memang susah nak kata lah. Apatah lagi kalau banyak sangat mulut yang campur tangan. Ia memang susah untuk selamatkan!

Apapun kali ini ada satu  kisah yang dikongsikan oleh rakan FB bernama Boii Amani Hashim.

Kisah ini rasanya ada sedikit persamaan dengan insiden diatas. Tapi, bezanya memang banyak.

Nak tahu lebih lanjut jom kita baca perkongsian beliau dibawah:

Lame gak aku jd photographer wedding. Macam2 aku dah tempuh. Ni aku nak share skit citer yg pernah terjadi depan aku dulu.

Mas hantaran kawen mak ayah pompuan ni letak rm22,222.22. Mmg mahal gile…tapi si laki ni setuju. Aku tgk pon laki ni bukan calang2 org gak.

So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak saba mengawan. Ye la, musim ujan mase tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamber dgn senapas je si laki lafaskan akad.

Hantaran pon bertukar tangan begitu gak ngan mas kawen. Time laki tu nak baca lafas takliq, tetibe sedara dr pihak pompuan bising “duit hantaran tak cukup seribu ni”

Trus bangun pengantin pompuan dr tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal ape tak cukup seribu… siap pihak pompuan perli2 “dah tau tak cukup duit tapi gatal sgt nak kawen tu kenape”

Yang pengantin laki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia amik mic pastu dia ckp.

“Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah camni. Saje sy tak cukupkan seribu sbb nak tgk korang camne. Ni ade sy bawa wang yg tak cukup tu” sambil buka bag yg berkepok2 duit 50 ngan 100.

“Takpe la…alang2 semua ade kat sini, boleh jadi saksi sy. Sy ceraikan awak dgn talak 3. Assalamualaikum”



Salam2 trus gerak.

Tu la…Dah ade orang nak tu kire nasib baik la bai. Pompuan bersepah sekarang. Tepi2 bustop pon boleh petik. Ko bukak wechat. Brape ramai yg serah diri free? Ko ingat laki2 dalam drama kol 7 tu wujud ke?

Tu la, lenkali Jangan ingat brewer e liquid takde duit…

Kalau insiden di Pantai Dalam, pengantin lelaki memang tak cukup duit. Benda gagal dibawa berbincang dan cetus perbalahan.

Tapi kisah diatas si pengantin lelaki dikatakan sengaja mengurangkan duit hantarannya untuk melihat sejauh mana ‘keikhlasan’ pihak perempuan dan isterinya yang baru dinikahi itu.





- See more at: http://ift.tt/1Tnm44o
by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment