1987: Kanak-Kanak Dari England Kirim Surat Tegur Dr Mahathir, Tun M Balas Dengan Hujah Yang Sungguh 'Win'
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, nama yang gah di seantero dunia, siapa yang tidak kenal Dr Mahathir satu ketika dulu, bahkan turut dikenali di negara-negara maju, negara membagun dan negara bergolak sehingga buku-buku biografi tentang beliau berada di negara-negara berkenaan.
Terkenal dengan ketegasan dalam 21 tahun era pemerintahan beliau, apa yang dilakukannya dahulu membolehkan Malaysia sebuah negara kecil kini gah di mata dunia.
Menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu, seorang pengguna facebook bernama Insanul Kamil Ali Dawam telah memuatnaik gambar sepucuk surat yang pada tahun 1987 di mana seorang kanak-kanak lelaki dari England telah mengutuskan surat berkenaan untuk menegur Dr Mahathir.
Di dalam surat berkenaan, seorang kanak-kanak 10 tahun dari England itu yang dilihat meminati bidang perhutanan meminta agar Tun M mengekalkan hutan hujan tropika di Malaysia daripada ditebang oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan banyak haiwan liar mati. Bagaimanapun surat itu dilihat "ada udang disebalik batu".
Jom kita baca respon Dr Mahathir ketika itu yang sungguh 'win' di mana ia dibalas secara rasmi bertarikh 15 Ogos 1987.
Ia sangat mengaibkan apabila kamu dipergunakan oleh orang dewasa untuk tujuan memalukan kami kerana penebangan kayu balak hutan di sini.
Untuk pengetahuan orang yang mempergunakan kamu, ia bukan soal seorang yang kaya mengaut keuntungan berjuta-juta. Setiap pokok yang ditebang mencipta peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya 10 orang lelaki miskin yang menanggung 10 isteri dan 30 anak. Tambahan pula orang kaya tersebut akan membayar 40% cukai. Tanpa orang kaya ini kerajaan bukan sahaja tidak dapat kutip cukai malah sebilangan mereka akan tiada kerja.
Tidak kira orang kaya ini melabur atau menyimpan duitnya, ramai yang akan mendapat manfaat, atau orang lain terus hidup dalam kesusahan tanpa pekerjaan. Cukai yang dikutip kerajaan digunakan untuk menyediakn kemudahan pendidikan, kesihatan dan lain-lain untuk mereka yang memerlukan.
Industri kayu ini membantu ratusan malah ribuan orang susah di Malaysia. Adakah mereka perlu terus hidup dalam kemiskinan kerana kamu mahu mempelajari tentang binatang? Adakah pengajian kamu lebih penting dari mengisi perut mereka yang hidup dalam kemiskinan?
Apabila British memerintah tanah melayu, mereka membakar berjuta ekar hutan bagi menanam pokok getah. Pada ketika itu kayu balak dibiarkan begitu sahaja kerana tiada yang mahukannya. Berjuta haiwan mati akibat pembakaran tersebut. Malaysia tidak mendapat apa-apa hasil pembakaran tersebut. Malah hasil getah yang dijual dikaut sepenuhnya oleh England. Apa yang moyang kamu lakukan lebih memalukan.
Jika kamu tak mahu kami menebang hutan kami, beritahu ayah kamu untuk maklumkan kepada negara yang kaya agar membayar harga kayu balak kami dengan harga yang tinggi. Jadi kami boleh cipta peluang pekerjaan yang lain kepada rakyat kami.
Jika kamu berminat dengan haiwan di sini, kami mempunyai banyak hutan simpan yang membenarkan sesiapa sahaja menerokainya. Kami tidak menebang semua pokok, hanya yang benar-benar sudah tua sahaja. Kami juga menanam semula pokok.
Kami harap kamu beritahu orang yang mempergunakan kamu untuk belajar fakta-fakta ini. Mereka sepatutnya tidak sombong seolah mengetahui segala-galanya dalam mentadbir negara. Mereka sepatutnya mengusir rakyat yang tinggal di British 'countyside' dan biarkan hutan tersebut. Penuhkan hutan tersebut dengan beruang, serigala dan lain-lain jadi kamu boleh belajar tentang haiwan di situ.
Saya yakin kanak-kanak memang perlu belajar tentang semua haiwan dan menyayanginya tetapi orang dewasa seharusnya ajar kanak-kanak agar tidak kurang ajar kepada mereka yang lebih tua.
- Siakapkeli.my
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment