[VIDEO] Padah Seorang Ibu Terlepas Stroller, Bayi Tercampak Ketika Menggunakan Eskalator.


CHINA - Tindakan seorang ibu yang membawa anaknya dalam stroller menggunakan tangga bergerak (eskalator) mengundang padah apabila dua anak beranak itu terjatuh, lapor Mirror.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen metro di Hong'an, wanita berkenaan memilih untuk menggunakan eskalator berbanding lif.

Sebaik saja melangkah naik ke eskalator, si ibu menyedari stroller anaknya itu tidak seimbang dan terlepas dari tangan menyebabkan anak kecilnya itu tercampak keluar dan bergolek-golek beberapa kali

Si ibu yang bimbang dengan keselamatan anaknya, cuba menarik anak kecilnya itu tetapi tidak berjaya kerana pergerakannya yang terbatas dan dihalang oleh stroller tersebut.

Ketika kejadian itu berlaku, seorang kakitangan penghantaran makanan yang menyaksikan insiden itu segera bertindak menyelamatkan bayi berkenaan. Berapa orang awam juga turut membantu menghenti eskalator itu.

Kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas bantuan yang diberi.

Bagaimanapun, lelaki itu dikenakan tindakan tegas oleh majikan dengan gaji dipotong kerana kelewatan menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan. - The Reporter 

by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment