Kerana Kurang RM4, Lelaki Mengamuk Di Store Digi


SIBU, SARAWAK - Kakitangan sebuah premis telkomunikasi di bandar Sibu, digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang tiba-tiba memecahkan cermin premis berkenaan.

Kejadian yang berlaku di Digi Store di Medan Mall itu, suspek yang datang dengan kereta jenis Toyota Hilux, memecahkan semua cermin premis tersebut dengan kayu golf.

Video dan gambar yang dimuat naik oleh laman Info Sarawak itu telah ditonton 50,600 kali dan dikongsi 1,297 pengguna Facebook sejak dimuat naik tiga jam yang lalu.

Selain itu, kesemua telefon bimbit di dalam premis itu turut dipecahkan suspek.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berdiri di hadapan pintu premis tergamam dan berlari masuk ke dalam premis tersebut.



Lapor Berita Harian, suspek yang berusia 40 tahun itu berang kerana kredit telefon prabayarnya susut RM4 setiap hari.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki itu mula bertindak merosakkan premis di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari.

Kemudian memecut kenderaan ke sebuah lagi premis syarikat yang sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan.

Polis berjaya menjejaki suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan dan menahannya di sebuah lokasi di Jalan Belian pada jam 5 petang tadi. Kayu golf yang digunakan untuk merosakkan premis itu juga turut dirampas.

Suspek ditahan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 kanun Keseksaan.
- The Reporter
by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment