'Kenapa mak koyak result SPM saya' Sedih Seorang Gadis Lepas SPM
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Nur Farina Abdullah ini, sehingga ada pelajar yang menghubunginya untuk meminta beliau menemankan mereka mengambil slip SPM. Ibu bapa mereka? Langsung tiada minat menunjukkan sokongan pada anak sendiri.
Dari semalam saya berada dalam mode sedih dan kecewa, semua gara-gara ini. Sudahlah ada ramai ibu bapa anak-anak kelas belakang ini tidak hadir dengan alasan result si anak hanya memalukan dan menyakitkan hati sehingga anak-anak ini call dan WhatsApp saya supaya hadir temankan mereka ambil result. Dan bila mendapat slip SPM, mereka tak berani buka dan serahkan kepada saya untuk melihatnya.
Bila saya kata, "Tahniah sayang, awak lulus. Layak mendapat sijil"
Gembiranya mereka sampai melompat dan memeluk saya. Malah ada yang menangis kerana tidak menyangka mereka boleh lulus. Ada juga yang BI dan Sains mendapat A, tetapi subjek-subjek lain hanya mendapat C, D dan E.
Tetapi sorakan kegembiraan mereka hilang tatkala slip SPM ini sampai ke tangan ibu bapa mereka kerana slip mereka itu dikoyakkan. Seolah-olah tidak bernilai apa-apa, sedangkan dengan keputusan itu si anak itu boleh diusahakan masuk ke mana-mana kursus kemahiran mengikut minat si anak.
Pesan saya, beringatlah, anak yang anda koyakkan slip SPMnya saat ini mungkin akan menjadi anak yang akan menjaga anda di saat anda tidak berdaya. Mungkin juga anak itu akan basuh berak kencing anda sewaktu anda sudah terlalu tua dan uzur kelak.
Kita berusaha menjadikan anak kita yang terbaik, tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan anak kita.

by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia
0 comments:
Post a Comment