Bertudung untuk drama, Mawar harap doa peminat buka hidayah


Image result for mawar rashid
 

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Manis bertudung menerusi drama Suamiku Paling Sweet, pelakon Mawar Rashid berkata hatinya belum terbuka untuk tampil menutup aurat.

Mawar, 22, berkata walaupun selesa bertudung sepanjang 30 episod penggambaran drama itu, namun doa peminat mampu merubah hatinya ke arah kebaikan.

“Saya gembira watak bertudung dan saya selesa dengan watak itu. Dengan bertudung saya mudah menjiwai watak, bersopan dan kelihatan manis.

“Itu keistimewaan dalam drama ini, tiada babak bersentuhan. Dengan tiada babak bersentuhan, orang tengok pun sejuk hati saja.

“Setiap wanita mesti ada keinginan untuk bertudung, cuma masa tidak tahu bila.

“Saya berharap hati saya terbuka dan ada yang mendoakan Mawar untuk berhijab, jadi wanita menutup aurat,” katanya kepada ProjekMMO.




Finally duduk satu rumah 💗 Sweet family tak kitorg? Hihi @nikadammika @isyafiqkyle . #suamikupalingsweet #slotakasia #tv3malaysia #sweetqisha #sweetizz #sweethafiey

A post shared by 🌹🌹🌹Mawar 🌹🌹🌹 (@mawarashid) on Mar 7, 2017 at 3:42am PST

Membawakan watak Qisha Iriz, Mawar berlakon sebagai isteri kepada Izz Heykal lakonan Syafiq Kyle.

Disiarkan dari Isnin hingga Khamis, drama arahan Zul Huzaimy turut menampilkan adik Nik Adam Mika, Liza Abdullah dan Chomel Fana.


Now now now di @tv3malaysia Tweet banyak2 tag mawar di twitter & hashtag #SuamikuPalingSweet ya kasi trendinggg 💗 twitter mawar @mawarashid 🌹

A post shared by 🌹🌹🌹Mawar 🌹🌹🌹 (@mawarashid) on Mar 20, 2017 at 4:03am PDT

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata tiada masalah jika drama berikutnya memerlukannya tampil bertudung kerana sudah terbiasa dalam drama sebelum ini.

“Kalau selepas ini watak bertudung pun, saya gembira untuk melakonkannya.

“Buat masa ini saya gembira dengan diri saya. Saya cuma mengikut rentak dan gerak hati sendiri,” katanya tersenyum manis.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment