Pihak berkuasa India panggil soal siasat Zakir Naik


zakir
PETALING JAYA: Agensi Siasatan Negara India (NIA) mengeluarkan notis terhadap penceramah kontroversi Zakir Naik untuk datang bagi soal siasat pada 14 Mac, lapor Hindustan Times.

Akhbar itu berkata ini kali pertama agensi keselamatan itu mengeluarkan arahan rasmi kepada Zakir.

NIA berkata notis itu diterima oleh abang Zakir iaitu Mohammad Abdul Karim Naik.

Pendakwah itu pada masa ini tidak berada dalam negara dan dipercayai ada di Arab Saudi, sejak penyiasat berkata ceramahnya mempengaruhi beberapa pengganas yang menyerang medan makan di Dhaka, Bangladesh pada 1 Julai.

Bangladesh mengharamkan Peace TV yang menampilkan Zakir, mendakwa ia mencetuskan serangan di kafe Dhaka, menyebabkan 22 maut.

Zakir juga muncul dalam beberapa ceramah agama di Malaysia. Pasukan Tindakan Hak Hindu dan beberapa pihak lain membantah kehadirannya di negara ini.



NIA mendaftarkan kes terhadap Zakir selepas Islamic Research Foundation (IRF) diharamkan di bawah Akta Aktiviti Haram (Pencegahan).

Direktorat Penguatkuasaan juga mendaftarkan secara berasingan kes pengubahan wang haram terhadap Zakir. Agensi itu merekodkan keterangan adik Zakir, Nailah Noorani, di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram semalam, menurut laporan itu.

NIA mendakwa Zakir dan IRF menghasut golongan muda Islam untuk terbabit dalam keganasan, dan menganjurkan permusuhan antara masyarakat berasaskan agama dan kaum.

Akhbar itu melaporkan Zakir turut didakwa menyampaikan ucapan yang menyebarkan penyebaran perpecahan kaum dan terbabit dalam aktiviti memudaratkan integrasi negara.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment