Mimpi Bersalin Buat Seorang Ibu Hamil Keguguran. Apa Sebabnya???Jom Kongsikan Kepada Netizen Lain Diluar Sana
Salam. Saya baru lepas keguguran. Gambar scan yang doktor beri pada saya, seolah-olah ada imbasan jin seperti gambar yang viral ini. Tak terlintas di kepala saya untuk fikir benda-benda seperti ini sehinggalah saya terbaca artikel ini.
Seminggu sebelum saya keguguran, saya ada bermimpi yang saya bersalin dan saya susukan bayi itu. Saya tak fikirkan yang bukan-bukan tetapi ada yang beritahu, kalau mimpi menyusukan bayi, itu petanda buruk. Seminggu selepas mimpi itu, saya mengalami keguguran.
Saya pada mulanya juga tak percaya benda-benda begini, tetapi makcik saya sendiri pernah terkena. Terbaca pula artikel ini, lebih menguatkan lagi perasaan saya.
Sehingga kini saya masih mencari jalan penyelesaian. Jika ada sesiapa yang boleh membantu, bolehlah menghubungi saya. Saya memang mengharap untuk ada zuriat sendiri.
Bukan nak percaya 100% tetapi kita ikhtiar tak benda buruk seperti ini berlaku lagi. Saya tidak mahu pisang berbuat dua kali.
Perkongsian ini dengan keizinan Puan Fara Amirullah untuk siaran di The Reporter.
by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia
0 comments:
Post a Comment