Jangan kena tipu, kata Sultan Johor


sultan-ibrahim
 

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak tertipu dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim.

Titah baginda itu disampaikan kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim semalam.

“Saya terharu dengan respons rakyat saya. Tolong jangan terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan rumah itu.

“Proses yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan hanya mereka yang layak diberikan pertimbangan,” menurut Sultan Ibrahim.

Setakat 7 malam tadi, 195,000 permohonan diterima bagi Rumah Impian Bangsa

Johor.



Projek berkenaan, yang dilancarkan petang tadi, merupakan hasil cetusan idea Sultan Johor, yang turut memberi peluang kepada rakyat negeri ini memiliki rumah dengan harga serendah RM80,000.

Kepada mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran dalam talian menerusi http://ift.tt/2mT7oh3.


Beli rumah deposit RM1, nantikan ‘kejutan’ Sultan Johor

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment