Pasangan berkayuh ke Makkah
Kuala Lumpur: Suami isteri, Ahmad Mohd Isa,28 dan Noradirah Mohd Sapie, 29,mula melakukan kayuhan ekspedisi `Kembara Memburu Hikmah' dari negara ini ke Makkah sejauh 12,000 kilometer, petang tadi.
Acara pelepasan disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad di Masjid Negara.
Ahmad berkata, dia sudah lama berhasrat untuk berbasikal mengelilingi dunia selain membawa misi keamanan Islam.
"Objektif kami ialah memburu hikmah dan banyak misi yang akan dilakukan antaranya mengumpul data komuniti Islam di setiap 12 negara yang dilalui termasuk menyumbang kepada masjid di sana.
"Saya jangkakan perjalanan ini memakan masa selama setahun," katanya.
- See more at: http://ift.tt/1qyf3CPby noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
0 comments:
Post a Comment