Video Berebut Demi Tudung : "Jangan Layan Pembeli Anda Seperti Lembu", Tegur Wardina

Video Berebut Demi Tudung : "Jangan Layan Pembeli Anda Seperti Lembu", Tegur Wardina merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Video Berebut Demi Tudung : "Jangan Layan Pembeli Anda Seperti Lembu", Tegur Wardina.



3 Apr - Berikutan viral video orang ramai berhimpit untuk mengambil nombor giliran bagi membeli tudung di sebuah butik tudung terkemuka negara, Wardina Safiyyah tampil memberi teguran kepada pemilik butik yang terbabit.

Wardina menerusi laman Facebooknya memberi teguran supaya pemilik butik berkenaan tidak merendahkan dan melayan pembeli seperti kambing atau lembu.

"Bismillah. (Baru tengok video viral satu butik tudung) Saya mengharapkan pemilik butik tudung.... janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia. ", tulis beliau.

Selain itu, Wardina juga menasihatkan agar pemilik lebih peka dan menggunakan alternatif untuk memudahkan pembeli sekiranya tahu ada jualan gergasi dan sebagainya.

"Kalau dah tahu akan ada sale gergasi dan sebagainya.. maka guna lah sistem nombor giliran, daftar online, gunalah emel, text dan bermacam-macam sistem lagi zaman serba canggih ni. Tak pun letak lah staff banyak sikit kawal keadaan. Tidaklah ada apa yang perlu anda banggakan apabila ramai pembeli menjerit dan berhimpit di hadapan kedai anda.", kata Wardina.

Wardina juga menyifatkan kejadian yang berlaku itu amat memalukan dan sekali lagi menegur pemilik butik berkenaan supaya lebih menghormati pelanggan mereka.

"Ianya amat amat amat amat memalukan. Nak buktikan apa? Tudung anda hebat? Dengan melayan dan membiarkan mereka sebegitu?

"Tak ada hebatnya butik yang membiarkan manusia merendahkan taraf diri mereka sebegitu rupa. Layan pelanggan anda dengan maruah dan respek... sekurang-kurangnya berikan mereka satu barisan untuk beratur. ", tulis Wardina. - Siakapkeli.my


#Panas di Video Berebut Demi Tudung : "Jangan Layan Pembeli Anda Seperti Lembu", Tegur Wardina
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment