Tip Dan Itinerari Travel Ke Semporna Dan Mabul Sabah Selama 6 Hari

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana rupa pulau-pulau sekitar Semporna dari atas, video ni akan menjawab persoalan anda betapa cantiknya pulau-pulau di Sabah.

Setiap tahun saya akan meluangkan masa beberapa hari ke pulau-pulau sekitar Sabah. Mabul, Kapalai, Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan, Timba-Timba, Maiga, Pom Pom, Mataking, Pandanan dan banyak lagi untuk dinamakan.

Memang benar apa yang kita dengar ada kalanya kepulauan Sulu & Sulawesi ini tidak selamat untuk pengunjung luar tapi saya sentiasa melihat pelancong luar & penyelam tinggal berbulan-bulan di pulau tanpa kerisauan.

Penduduk tempatan tidak menghiraukan sangat tentang perkara ini kerana mereka tinggal dan bermasyarakat dengan rakyat Suluk semenjak dahulu lagi tanpa sebarang masalah.

Tetapi ‘kabar angin’ orang luar & media yang membuatkan ianya nampak kurang selamat. Kami yang biasa ke Semporna tidak nampak apa-apa halangan buat pelancong untuk melawat.

Bulan April – Jun adalah masa yang terbaik untuk ke Sabah disebabkan oleh cuaca yang baik, air yang sangat tenang dan juga pesta Regatta Lepa-Lepa yang akan berlangsung pada setiap April.

Bagi tahun ini 22-24 April adalah tarikh yang dipilih untuk pesta Lepa-Lepa. Sekarang bandar Semporna sangat bersih & selamat untuk dikunjungi.

trip-mabul-1

Sunset di Mabul

trip-mabul-2

SMART Resort walkaway

trip-mabul-3

Helipad di SMART

trip-mabul-4

Mataking Island

trip-mabul-5

Bajau Laut menjual ikan segar

trip-mabul-7

Buat sesiap yang berminat saya kongsikan itinerari untuk rujukan.

Hari Pertama
Tiba di Airport Tawau
Van ke Jeti Semporna
Boat ke Uncle Chang’s Sipadan Mabul Dive Lodge
Check in & Dinner

Hari Kedua
Trip ke Pulau Bohey Dulang (sila bawa kasut yang sesuai untuk mendaki, kasut bertutup di hadapan) Snorkeling di Pulau Matabuan & Pulau Sibuan
Pulang ke Mabul

Hari Ketiga
Snorkeling Pulau Kapalai & Sekitar Mabul
Santai, pusing ke seluruhan pulau dan beramah mesra dengan lokal. Boleh juga ke SMART resort dan snorkeling di sekitar helipad

Hari Ke Empat
Snorkeling sekitar Mabul atau depan challet
Ambil boat untuk pulang ke Semporna
Bermalam di Mutiara Inn untuk 2 malam

Hari Ke Lima
Trip ke Pulau Mataking, Pulau Pandanan & Pulau Pom Pom
Pulang ke Semporna
Makan malam di sekitar pekan Semporna. Ada banyak gerai lokal menjual makanan menarik.
Shopping buah tangan

Hari Ke Enam
Pasar Pagi Semporna
Sarapan di kopitiam tertua di Semporna Cham Chuan Kee
Van pickup ke Airport

Kos untuk 6 Hari 5 Malam

Kos 4H3M di Uncle Chang’s Sipadan Mabul Dive Lodge
4 Pax RM600 (bilik Dorm)
3 Pax RM670 (Bilik AC)
Termasuk: Bilik, van airport, boat ke pulau, makan 3x sehari, snorkeling di Pulau Kapalai & Mabul, Trip ke Pulau Bohey Dulang, Matabuan & Sibuan (tolak RM140+/- sekiranya tak mahu ke pulau-pulau ini)
Contact: 0178351786 (Dzaquan)

Penginapan di Semporna 2 Malam: Mutiara Inn
Contact 089781610 / 0128611505
RM140 for triple room
RM70 for double room

Island Trip to Mataking, Pandanan & Pom Pom (Ada banyak lagi pulau lain yang boleh di teroka)
RM100-160 / pax bergantung jumlah yang menyertai.
Contact: 0148826170 Haziq Saharuddin

Makan

Beli sendiri ketam, lobster, sotong di pasar, boleh minta restoran atau kesekitar pekan untuk masak. Kos makan malam lebih kurang RM30/pax untuk semalam. Kalau nak cuba makanan lokal lebih jimat.

Jumlah kos lebih kurang RM870 untuk 6 hari 5 malam tidak termasuk tiket kapal terbang.

Dan ini adalah video yang telah saya rakam sepanjang trip ini. Enjoy!

[embedded content]
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment