#Sabah : 77 Sekolah Tutup Esok Berikutan Asap Tebal

#Sabah : 77 Sekolah Tutup Esok Berikutan Asap Tebal merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri #Sabah : 77 Sekolah Tutup Esok Berikutan Asap Tebal.



Beaufort, 3 Apr: Sebanyak 77 buah sekolah di tiga daerah di sini diarah tutup esok berikutan asap tebal berikutan kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul, daripada jumlah itu, 17 sekolah menengah dan 60 sekolah rendah adalah di Beaufort, Kuala Penyu dan Papar.

Dalam lawatan dan pemantauan yang dilakukan hari ini, saya dapati asap tebal berlaku di tiga daerah itu sehingga menyebabkan jarak penglihatan terhad.

"Justeru, saya memutuskan sekolah perlu ditutup sehari iaitu esok atas faktor kesihatan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Tambah Maimunah, pihaknya akan memantau perkara itu dan penutupan sekolah bergantung kepada keadaan. - Siakapkeli.my

#Panas di #Sabah : 77 Sekolah Tutup Esok Berikutan Asap Tebal
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment