Power Bank Ciptaan Pelajar MRSM Menang Anugerah Antarabangsa Ketepikan 1000 Peserta Lain
Power Bank Ciptaan Pelajar MRSM Menang Anugerah Antarabangsa Ketepikan 1000 Peserta Lain merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Power Bank Ciptaan Pelajar MRSM Menang Anugerah Antarabangsa Ketepikan 1000 Peserta Lain.
Ahmad Asyraf (kiri) dan Ahmad Luqmanul Hakimserta guru pengiring, Anuar Ghani (tengah) bergambar bersama pingat yang dimenangi dan produk ciptaan mereka iaitu power bank pada pertandingan Reka Cipta Antarabangsa, Geneva, Switzerland ketika tiba di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah |
Pelajar tingkatan lima dari sekolah berkenaan, Ahmad Asyraf Aqil Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim Ahmad Tarmizi mengetepikan cabaran 1,000 peserta lain dari 48 negara dengan ciptaan "Power Bank: EXIECO PB" mereka.
Menurut Aqil idea rekaan power bank yang kuasanya dijana melalui air garam itu tercetus dari pengalamannya berdepan masalah bekalan elektrik ketika rumahnya dilandar banjir.
Beliau berkata selain boleh menghasilkan tenaga sehingga 6.5 volt, power bank itu juga mesra alam dan ringan serta khusus untuk pengecasan telefon.
Ahmad Asyraf Aqil berkata power bank itu dibangunkan dengan hanya menggunakan tiga komponen utama iaitu arang, aluminium dan air garam yang bertindak menghasilkan kuasa.
"Penggunaan power bank ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pengguna kerana mesra alam dan MRSM juga telah menghantar ciptaan kami ini kepada pihak berkenaan untuk dipatenkan," katanya.
Katanya lagi selepas diumumkan sebagai pemenang utama keseluruhan bagi hadiah yang ditaja kerajaan Mesir itu, produk ciptaan mereka telah menarik perhatian wakil daripada beberapa negara seperti Nigeria dan Algeria yang menyatakan hasrat untuk memasarkannya di negara masing-masing selepas dipatenkan.
Hasrat itu telah dipanjangkan kepada pihak MRSM untuk menguruskannya kerana banyak prosedur yang perlu dipatuhi dan dipenuhi sebelum ciptaan dapat dipasarkan di negara berkenaan, katanya.
Sementara itu, Ahmad Luqmanul Hakim berkata kejayaan itu merupakan sesuatu yang diimpikan kerana selain untuk membuktikan keupayaan diri, kemenangan itu juga membantu mengharumkan lagi nama MRSM dan Malaysia di persada dunia, khususnya dalam arena penciptaan inovasi baharu.
"Selama hampir dua tahun kami menumpukan tenaga dan kreativiti bagi menghasilkan ciptaan ini dan kejayaan diraih pastinya memberi kepuasan dan kebanggaan kepada seluruh warga MRSM," katanya yang berasal dari Kuala Terengganu. - Siakapkeil.my
**Antara rekaan menarik pada acara tersebut.by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment