Pengalaman Memperbetulkan Kedudukan Kandungan Songsang Di Hospital Kerajaan Yang Tidak Dapat Dilupakan

Pengalaman Memperbetulkan Kedudukan Kandungan Songsang Di Hospital Kerajaan Yang Tidak Dapat Dilupakan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pengalaman Memperbetulkan Kedudukan Kandungan Songsang Di Hospital Kerajaan Yang Tidak Dapat Dilupakan.

Hari ini merupakan hari jangkaan bersalin atau EDD saya dan juga hari saya perlu ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan ihu mengandung. Si kecil masih tidak menunjukkan tanda untuk keluar melihat dunia. Saya menjeling slip nombor giliran yang masih lagi jauh sebelum nombor giliran saya. Saya mengusap lembut perut sambil bermonolog sendirian agar si kecil akan keluar dalam masa yang terdekat.

Sedang saya menunggu giliran, simptom Braxton Hix sesekali menjengah. Sedang saya mengelamun, fikiran saya terimbas kembali peristiwa yang berlaku dua minggu yang lepas. Pada usia kandungan tiga puluh tujuh minggu, si kecil masih belum berada di posisi sepatutnya untuk membolehkannya keluar secara normal.

Tidak seperti sewaktu kandungan yang pertama dahulu, si kakak sering berpusing-pusing pada trimester kedua kandungan. Berbeza dengan kandungan kedua, si kecil sering berada di kedudukan songsang atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai breech position.

Hati berasa risau kerana pada waktu sebegini ruang di dalam perut sudah berkurang dan menyukarkan si kecil untuk membuat gerakan yang besar untuk membolehkannya berpusing. Sewaktu pemeriksaan rutin, saya meminta nasihat daripada doktor tentang kedudukan kandungan yang songsang dan beliau mencadangkan saya membuat ECV di hospital kerajaan.

breech

Itu merupakan pertama kali saya mengetahui wujudnya proses tersebut. Walaupun doktor telah menerangkan serba sedikit mengenai ECV, saya menyelidik informasi tambahan mengenainya di atas talian. ECV adalah singkatan kepada External Cephalic Version.

Dalam proses ini doktor akan memusingkan fetus secara dari luaran daripada kedudukan bayi yang songsang (kepala di bahagian atas) kepada kedudukan yang sebaliknya untuk mengelakkan kelahiran secara pembedahan (caesarean delivery).

Kejayaan prosedur ini juga bergantung kepada faktor tertentu jika kita pernah mengandung dan melahirkan buat kali pertama, air ketuban yang mencukupi dan kedudukan bayi masih tinggi (belum berada di bahagian pelvis).

Seminggu kemudian, saya berada di dalam wad di hospital kerajaan menantikan kumpulan doktor yang akan menjalankan ECV ke atas saya. Sebelum prosedur dimulakan saya disuntik dengan ubat untuk melegakan otot rahim. Ini adalah agar bayi boleh dipusingkan dengan lebih mudah sewaktu ECV dijalankan.

Saya masih ingat lagi doktor wanita yang tiba di wad pada ketika itu. Beliau kelihatan tenang, mesra dan seperti mempunyai pengalaman melakukan ECV. Persepsi awal yang membuatkan hati saya sedikit lega namun masih lagi gemuruh.

Bahagian abdomen saya dipasangkan dengan alat untuk memantau kadar degup jantung bayi. Jika terdapat kadar degupan yang tidak normal, ini menunjukkan bayi dalam keadaan tertekan dan mungkin komplikasi seperti terjerut tali pusat dan sebagainya telah berlaku.

Kesan daripada ubat yang disuntik menyebabkan saya berasa bahagian abdomen saya ringan dan relax. Doktor tersebut membaca bismillah dan meletakan tangan kanannya di bahagian tengkuk fetus dan tangan lagi satu di bahagian kaki.

[embedded content]

Lalu beliau memusingkan fetus dalam pergerakan tangan yang serentak dengan perlahan-lahan dalam arah lawan jam. Saya berasa sedikit senak sewaktu prosedur tersebut dijalan kan tetapi tidak sakit. Setelah proses pemusingan selesai, jururawat dan doktor masih memantau degupan jantung bayi untuk beberapa sela masa.

Alhamdulillah proses ECV berjaya dan saya dibenarkan pulang setelah doktor berpuas hati dengan pemerhatian yang dijalankan.

“5035, bilik 2!” panggil petugas kesihatan.

Imbauan saya terhenti tatkala nombor saya dipanggil. Saya memasuki bilik jururawat dan menjalani pemeriksaan seperti biasa. Jururawat mencadangkan saya menunggu ‘turun tanda’ dalam masa seminggu dan menetapkan tarikh temujanji untuk seminggu akan datang.

Sewaktu memandu pulang saya merasakan kontraksi yang tidak berapa kuat pada bahagian perut. Serta merta saya menelefon suami untuk memberitahu yang saya akan bersalin. Sungguh yakin dengan naluri tersebut, saya mengira temph kontraksi yang semakin kerap.

Saya merasakan bahawa tidak silap lagi, saya akan bersalin pada hari tersebut. Suami bergegas pulang mengambil saya di rumah dan membawa saya ke hospital. Alhamdulillah, lima jam kemudian saya selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat, dengan kelahiran normal dan bayi tersebut diberi nama Safiyya Rumaisa Bt Mansur. Saya tersenyum bila teringat pada kelahiran anak pertama juga yang berusia 40 minggu dan satu hari.

#Panas di Pengalaman Memperbetulkan Kedudukan Kandungan Songsang Di Hospital Kerajaan Yang Tidak Dapat Dilupakan
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment