Lelaki Kejar 3 Sahabat Guna Parang Hingga ke Balai Polis Sebelum Ditembak

Lelaki Kejar 3 Sahabat Guna Parang Hingga ke Balai Polis Sebelum Ditembak merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lelaki Kejar 3 Sahabat Guna Parang Hingga ke Balai Polis Sebelum Ditembak.



Hulu Selangor, 4 Apr: Seorang lelaki yang dipercayai seorang ahli kongsi gelap bertindak gila dengan mengejar tiga lelaki hingga ke Balai Polis Serendah di sini.

Lebih memeranjatkan, lelaki berkenaan turut cuba menyerang mereka di dalam balai polis dalam kejadian malam tadi.

Anggota polis yang pada mulanya melepaskan tembakan amaran terpaksa melepaskan satu lagi tembakan ke arah lutut lelaki berkenaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10.50 malam itu.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, sebelum itu lima sahabat yang melepak di kedai makan didatangi 20 lelaki yang menyerang mereka dengan menggunakan parang, topi keledar dan kayu hoki.

Kata beliau, 20 lelaki yang dipercayai anggota kongsi gelap itu menetak dua dari lima sahabat tersebut.

"Tiga lelaki yang terselamat sempat melarikan diri ke Balai Polis Serendah untuk membuat laporan tetapi seorang daripada kongsi gelap yang bersenjatakan parang itu mengejar mereka sehingga ke balai polis.

"Polis meminta lelaki bersenjatakan parang itu beredar dan melepaskan satu das tembakan amaran tetapi dia enggan beredar.

"Suspek terus cuba menyerang menyebabkan polis melepaskan tembakan kedua dan mengenai lutut suspek. Suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya.

Polis telah menahan 29 lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun untuk membantu siasatan. Sebilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa di balai terbabit turut dirampas.

Motif pergaduhan masih dalam siasatan - Siakapkeli.my

#Panas di Lelaki Kejar 3 Sahabat Guna Parang Hingga ke Balai Polis Sebelum Ditembak
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment