Kungfu Wing Chun Dan Seni Silat Lian Padukan Membawa Kepada Satu Titik Persamaan
Apabila membandingkan gaya Seni Silat Lian Padukan dan Kungfu Wing Chun, terdapat banyak persamaan diantara kedua-dua seni mempertahankan diri ini. Ia adalah penting untuk memahami gaya dan teknik semasa bertempur. Kedua-dua seni mempertahankan diri ini mempunyai persamaan yang amat besar dari segi tendangan, tumbukan, menarik, memerangkap dan bergelut.
Sejarah Seni Silat Lian Padukan
Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunnan, China. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia.
Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka. Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman.
Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari Sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.
[embedded content]Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.
Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut.
Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing. Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).
Sejarah Kungfu Wing Chun
Sejarah Wing Chun boleh dikatakan sebagai campuran sejarah dan lagenda. Seni mempertahankan diri ini berasal dari kuil Shaolin Selatan China pada kurun ke-17. Ng Mui adalah seorang Buddha Nun yang amat mahir dalam seni mempertahankan diri Shaolin, beliau mencipta seni mempertahankan diri yang baru dimana ia sesuai digunakan oleh semua saiz, berat dan jantina.
Inspirasi Wing Chun adalah daripada pergerakan haiwan dan diubah suai kepada pergerakan manusia, gerakannya kelihatan halus dengan hanya memerlukan sedikit daya sahaja gerakan neutral bagi menyekat dan menyerang dengan berkesan keatas lawan.
Pelajar pertama Ng mui iaitu Yim Wing Chun yang dipaksa untuk berkahwin dengan panglima perang yang jahat. Selepas beliau menguasai seni tersebut untuk mempertahankan dirinya dan akhirknya beliau berjaya menghalau penjahat itu.
[embedded content]Yim Wing Chun menamakan gerakan tersebut sebagai Wing Chun sempena namanya sendiri sebagai pelajar pertama kepada Ng Mui. Ini adalah bagaimana cara Wing Chun bermula berdasarkan teori lagenda yang popular.
Walaupun ia telah diajar berkurun sebelumnya namun tiada catatan dokumen yang rasmi direkodkan. Lagenda kurun ke 19 yang paling dihormati dan berwawasan sebagai Grandmaster utama Wing Chun ketika itu ialah Ip Man. Ip Man berpindah ke Hong kong pada tahun 1948 di mana beliau menjadi Master pertama untuk mengajar Wing Chun kepada orang ramai dan membuat gaya yang kekal sehingga kini.
Kini, Grandmaster Ip Chun adalah anak sulung kepada Ip Man dan salah seorang guru yang paling dihormati masih meneruskan legasi Wing Chun dan beliau sendiri masih mengajar di Hong Kong sehingga ke hari ini.
Persamaan Teknik
[embedded content]Terdapat persamaan dalam teknik menyekat dan menyerang diantara Seni Silat Lian Padukan dan Kungfu Wing Chun.
Kedua-dua seni mempertahankan diri ini amat pakar didalam pertempuran jarak dekat dimana mereka mampu memanipulasi pergerakkan tangan dan kaki lawan.
Genre seni bela diri ini menggabungkan satu tumbukan lurus dan diikuti dengan tumbukan berikutnya dari arah bertentangan lengan lawan secara berturut-turut atau lebih dikenali sebagai “Tumbukan Berantai”.
Tumbukan Berantai ini sekurang-kurangnya mampu menjana 3 hingga 5 tumbukan dalam tempoh 1 saat. Bayangkan jika anda menerima tumbukan sepantas itu, sudah tentu ia diibaratkan seperti menggelak daripada tembakan mesingan.
Pelajar Seni Silat Lian Padukan dan Kungfu Wing Chun banyak menghabiskan masa mereka dengan mengamalkan latihan tangan menyentuh lengan rakan latihan secara konsisten sewaktu melakukan pelbagai teknik.
Latih tubi ini adalah sangat penting untuk membangunkan kepekaan dan refleks pada anggota badan terutamanya mata dan tangan. Di dalam Silat Lian latihan ini dikenali sebagai “Buah Pukul” manakala didalam Kungfu Wing Chun ia dikenali sebagai “Chi Sao”. Di samping itu juga, Latihan ini mampu mengajar anda untuk menyedari dimanakah kelemahan pertahanan lawan.
Pengawalan nafas adalah suatu yang sangat diberi penekanan didalam seni mempertahankan diri genre ini. Secara fizikalnya, nafas turut menjadi keutamaan. Dalam sukan, stamina sering dikaitkan dengan kebolehan kita bertahan melakukan sesuatu aktiviti dalam sela masa yang lama.
Ini berkait dengan fungsi kardio kita, iaitu kebolehan jantung mengepam darah ke seluruh badan, dan sumber pembakar tenaga utama yang diperlukan badan ialah Oksigen iaitu udara yang disedut ketika kita bernafas.
Antara latihan lian untuk pernafasan ialah jurus perdana 3 langkah senafas, buat lian senafas dan sudah tentu, amalan lian gulung iaitu lian 16 dalam silibus Lian Padukan.
Manakala Wing Chun menerapkan kaedah teknik “Tao” untuk bermeditasi seperti pernafasan secara neutral, terbalik, Dantian dan Embryonic.
Disini adalah senarai teknik yang digunakan oleh Seni Silat Lian Padukan dan Kungfu Wing Chun.
Serangan menggunakan tangan
1. Tumbukan
2. Hentakan
3. Pukulan Tukul
4. Tusukan jari
Serangan menggunakan kaki
1. Tendangan lurus paras dibawah pinggang
2. Tendangan sisi paras dibawah pinggang
3. Sapuan kaki
Menyekat dan memerangkap
1. Tekan dan hentak (Pak Sao)
2. Menarik (Lop Sao)
3. Menyekat paras tinggi (Biu Sao)
4. Menyekat paras rendah (Gaun Sao)
5. Menyekat paras sederhana (Tan Sao)
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment