Kaki Permain Golf Negara, Shaaban Hussin Terpaksa Dipotong
Kaki Permain Golf Negara, Shaaban Hussin Terpaksa Dipotong merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kaki Permain Golf Negara, Shaaban Hussin Terpaksa Dipotong.
KUALA LUMPUR: Pemain golf negara, Shaaban Hussin yang terlibat dalam kemalangan dalam kemalangan di Lebuh Raya Guthrie 31 Mac lalu menerima berita buruk apabila dilaporkan kaki beliau terpaksa dipotong, lapor Berita Harian.
Perkara ini disahkan sendiri oleh abang Shaaban, Mohd Shawal, 38, ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL)semalam tempat dia menerima rawatan lanjut selepas ditimpa musibah itu kira-kira jam 8.30 pagi 31 Mac lalu.
"Apa yang saya saksikan sendiri, kaki kiri Shaaban sudah dipotong. Saya difahamkan bahagian bawah sudah tidak dapat lagi diselamatkan kerana terdapat urat saraf yang putus.
"Ketika saya bertemu dengannya, dia hanya mampu berkomunikasi dengan memberi isyarat.
Sekarang ini kami masih menanti perkembangan terbaharu daripada doktor untuk rawatan susulan," katanya.
Shaaban,36, sebelum ini terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Ijok ke Damansara untuk menjalani latihan.
Kemalangan berlaku apabilaShaaban yang menunggang motosikal berkuasa tinggi cuba mengelak sebuah kereta di hadapannyamenyebabkan beliau hilang kawalan dan terbabas sehingga menyebabkan dia terseret di lebuh raya sebelum tercampak ke longkang.
Dia kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut, sebelum dipindahkan ke HKL tidak lama selepas itu. - Siakapkeli.my #Panas di Kaki Permain Golf Negara, Shaaban Hussin Terpaksa Dipotong
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment