Bil Elektrik Tinggi ? Ini 14 Tips Dari TNB Untuk Jimat Elektrik
Bil Elektrik Tinggi ? Ini 14 Tips Dari TNB Untuk Jimat Elektrik merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bil Elektrik Tinggi ? Ini 14 Tips Dari TNB Untuk Jimat Elektrik.
Cuaca panas yang melanda negara kita kini sedikit sebanyak telah menyebabkan kenaikan bil penggunakan elektrik. Mana tidaknya, pendingin hawa dan alatan penyejuk yang lain terpaksa bekerja 'berhempas pulas' untuk menyejukkan udara.
Jika tidak pasang pendingin hawa, berpeluh lah jawabnya. Silap hari bulan boleh kena strok haba.
Oleh itu, jom ikuti beberapa tips menjimatkan elektrik oleh TNB.
1 - Gunakan ruang dalam mesin basuh sepenuhnya. Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap. 2 - Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen. 3 - Tutup tingkap dan pintu semasa menggunakan pendingin udara. Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lebih kurang bil anda. 4 - Gunakan mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sikit. 5 - Gosok baju dalam kuantiti pukal. 6 - Penuhkan pemanas air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda isi semula. 7 - Cari barangan elektrik yang mempunyai rating 5 bintang. (Logo merah kecil seperti gambar diatas)
8 - Beri ruang kepada peti sejuk anda untuk 'bernafas'. Jarakkan peti sejuk anda dengan dinding sejauh 10cm bagi membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Selain itu, jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada sinaran matahari. Apabila keadaan sekeliling panas, lebih banyak tenaga diperlukan untuk peti sejuk anda untuk sejuk kembali. 9 - Tutup komputer / laptop/monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia berada dalam keadaan 'standby'.
10 - Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu. Seperti contoh lampu spotlight di luar rumah. 11 - Gunakan lampu fluorescent T5 untuk lebih jimat api. (Lampu yang kecil tapi panjang).
12 - Setkan suhu pendingin udara kepada 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik anda. 13 - Susun barangan di dalam peti sejuk supaya lebih tersusun. Ini boleh membuatkan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen seterusnya menjimatkan elektrik. 14 - Gunakan mod 'cold wash' ketika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh. Jika tidak, mesin basuh anda akan memerlukan lebih tenaga untuk memanaskan air.
- Siakapkeli.my
Sumber : TNB
#Panas di Bil Elektrik Tinggi ? Ini 14 Tips Dari TNB Untuk Jimat Elektrikby noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment