Apple Bakal Hadir Dengan Rekaan Kaca Penuh Untuk iPhone Terbaru
Apple Bakal Hadir Dengan Rekaan Kaca Penuh Untuk iPhone Terbaru merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Apple Bakal Hadir Dengan Rekaan Kaca Penuh Untuk iPhone Terbaru.
Setelah sekian lama, Apple bakal meninggalkan trend iPhone dengan rekaan metal dan beralih kepada rekaan kaca penuh.
Rekaan yang dipopularkan oleh Sony Xperia ini bakal menampakkan iPhone kelihatan lebih eksklusif dan moden. Untuk pengetahuan anda, langkah yang diambil oleh Apple ini bukanlah pertama kali diimplementasi memandangkan Apple pernah melakukan perkara yang sama pada iPhone 4.
Berdasarkan beberapa sumber, hasrat Apple menggantikan rekaan metal kepada kaca penuh berikutan syarikat ini berpendapat penggunaan aluminium tidak lagi kelihatan moden ketika ini.
Setakat ini masih belum ada rekaan rasmi tentang rekabentuk iPhone terbaru yang mungkin dinamakan sebagai iPhone 7. Rekaan terbaru ini juga akan memperlihat Apple menggunakan paparan AMOLED sepertimana Samsung bagi mendapatkan iPhone yang lebih nipis dan ringan.
Buat sesiapa yang ternanti-nanti kehadiran iPhone terbaru, dijangka iPhone 7 bakal diumumkan sekitar September ini dengan rekaan terbaru serta kemungkinan fungsi dwi-camera akan ditambah bagi mendapatkan imej yang lebih kualiti dan terang.
#Panas di Apple Bakal Hadir Dengan Rekaan Kaca Penuh Untuk iPhone Terbaruby noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment