8 Tip Penting Jika Dipatuk Ular Dan Bagaimana Kenalpasti Mangsa Patukannya

Suhu akibat El-Nino di Malaysia semakin panas mengakibatkan binatang berbisa seperti ular mula mencari tempat perlindungan yang lebih sejuk.

Akan tetapi kehadiran mereka boleh mendatangkan bahaya kepada manusia. Kebiasaannya ular akan segera beredar jika ternampak kelibatan manusia atau haiwan pemangsa yang lain.

Namun jika kita mengganggu sarangnya atau merasakan dirinya terancam maka ular akan mempertahankan dirinya segera.

Jika terpatuk oleh ular, berikut adalah langkah-langkah penting untuk menyelamatkan nyawa:

Tip Penting Jika Dipatuk Ular

1. Bertenang jangan panik.

Tenangkan sahabat anda sekiranya dia di patuk ular.

2. Beredar daripada kawasan bahaya pada kadar segera.

3. Hadkan pergerakan badan terutama kawasan yang dipatuk.

Sebarang pergerakan otot meningkatkan penyerapan bisa ular ke dalam saluran darah dan limpa.

4. BIARKAN sahaja kawasan patukan ular.

Jangan buat apa-apa pada kawasan luka seperti IKAT, SEDUT BISA ULAR, TOREH LUKA, GOSOK, PICIT LUKA, MENYAPU UBAT HERBA/BAHAN KIMIA dan lain-lain.

Ini kerana perbuatan ini akan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada luka, bisa mudah masuk ke saluran darah dan pendarahan teruk pada kawasan luka.

5. Baringkan mangsa dalam keadaan yang selesa.

Kurangkan pergerakan kawasan luka patukan dengan bantuan ‘sling’/’splint’ (alat keras yang akan mengurangkan pergerakan kawasan luka).

6. Sekiranya bisa ular masuk ke dalam biji mata, curahkan air ke kawasan mata yang terjejas dengan sebanyakknya.

7. Tanggalkan barang kemas/peribadi

Barang-barang seperti jam tangan, rantai, gelang dan pakaian yang ketat HANYA SEMASA di dalam perjalanan ke hospital atau di hospital sahaja dan bukannya di tempat kejadian.

8. Hubungi pihak BOMBA/JPAM/ambulans untuk bantuan pengangkutan.

Segera ke HOSPITAL!

Tip-tip Lain

1. Jangan minum kafein ataupun alkohol.

Ini akan meningkatkan peredaran darah seterusnya mempercepatkan kesan bisa ular.

2. Jangan cuba-cuba untuk menangkap ular.

Serahkan tugas tersebut kepada pihak penyelamat seperti JPAM/Bomba. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengingati warna badan, bentuk kepalanya (tiga segi/bulat), keadaan ular (contohnya posisi menegak untuk mematuk bagi ular senduk).

Tanda-tanda Mangsa Dipatuk Ular

Tanda-tanda akibat patukan ular adalah bergantung kepada kumpulan ular. Kumpulan Ular yang sering didapati di Malaysia adalah:

1. Elapidae (Ular Tedung Selar, Senduk, Katam Tebu etc)

snake 1

2. Viperidae (Ular Kapak)

snake 2

3. Phytonidae (Ular Sawa)

snake 3

4. Colubridae

snake 4

Tanda-tanda patukan ular daripada kumpulan Elapidae (Senduk, Tedung Selar, Katam Tebu etc) adalah berbisa kepada saraf (neurotoxin) dan berbisa kepada jantung (cardiotoxicity):

1 .Mangsa kelihatan amat letih (drowsiness)
2. Masalah membuka kedua belah biji mata ( bilateral ptosis)
3. Masalah bercakap, membuka mulut, menggerakkan bibir atau menelan.
4. Masalah bernafas (respiratory failures).
5. Masalah pergerakan jantung (cardio failures).
6. Bisa ular senduk / tedung selar juga boleh menyebabkan luka patukan menjadi buruk, gangrene dan pembengkakan yang teruk.

Bisa ular daripada kumpulan ini boleh dikesan tanda-tandanya seawal 15 minit selepas patukan.

Bagi kumpulan ular Viperidae (Ular Kapak) ianya berbisa kepada sistem pendarahan manusia (hemato-toxicity). Tanda-tanda mangsa dipatuk oleh ular tersebut adalah:

1. Luka kawasan patukan mengalami pembengkakan yang teruk dan pendarahan yang tidak berhenti.
2. Kawasan sekeliling luka menjadi hitam, gangrene.
3. Berlaku pendarahan sistemik seperti pendarahan gusi, dalam usus/perut, mudah lebam jika kawasan badan terhentak dengan objek keras dan paling bahaya pendarahan dalam otak atau organ utama badan.
4. Blister atau Lepuh Berair pada kawasan sekitar luka patukan.

Kesimpulan

Kejadian patukan ular adalah amat kurang di Malaysia berbanding kemalangan jalanraya. Namun masyarakat perlulah berhati-hati dalam apa jua keadaan terutama ketika cuaca panas melampau ini.

Tip dan ilmu mengenai tanda-tanda patukan ular akan membantu kita menyelamatkan nyawa mangsa.

Jika anda tidak tahu hendak berbuat apa-apa, hubungi sahaja pihak penyelamat untuk bantuan segera.

Jangan berlagak seperti HERO Hindustan dengan menghisap bisa di betis seorang gadis. Kelak, anda dahulu yang pergi menghadap Ilahi.


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment