(8 Gambar) Pistol Pertama Buatan Malaysia Keluar Tak Lama Lagi
KUALA LUMPUR, 21 April - Syarikat pembuat pistol Malaysia, Aegis Malinnov Sdn Bhd mengorak langkah dalam industri keselamatan dan pertahanan tempatan dengan pengenalan pistol pertamanya iaitu Semi Automatik M1P 9MM Caliber yang dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.
Menurut pengerusinya Tan Sri Hashim Meon, syarikat terbabit telah mendapat kelulusan untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan akan ke fasa seterusnya iaitu mendapatkan pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Menurut beliau, pihaknya menjangka proses itu akan memakan masa sekurang-kurangnnya dua hingga tiga bulan.
"Selepas itu, kita boleh memasarkan pistol keluaran pertama syarikat ini. Sebagai permulaan kita sasarkan jualan di peringkat dalam negara kepada pihak pegawai keselamatan seperti polis dan tentera serta pembeli peribadi yang mempunyai lesen sah untuk memiliki senjata api
"Selepas yakin dan mengukuhkan reputasi di segmen pasaran tempatan, barulah kita akan mula meneroka pasaran yang lebih luas di luar negara," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Menurut Hashim juga, kejayaan menghasilkan pistol seberat 830 gram yang berkualiti setaraf jenama antarabangsa dengan hasil kepakaran tempatan bukan perkara mudah.
Jelas beliau, masa lebih lima hingga enam tahun diambil oleh pasukan R&D syarikat tersebut untuk menghasilkan pistol yang menepati piawaian antarabangsa dan kehendak pasaran
"Kebanyakan anggota pasukan R&D itu mempunyai latar belakang ketenteraan serta memiliki kemahiran tinggi dalam pengendalian senjata seperti bekas anggota Unit Tindakan Khas dan pengalaman berkenaan sangat membantu untuk menghasilkan satu produk terbaik dari kilang di Taman Teknologi Malaysia, di sini
"Mereka dilantik menjadi penasihat dalam hal berkaitan kualiti tembakan. Dalam aspek penghasilan reka bentuk pula kita juga mengunakan kepakaran anak tempatan. Bagaimanapun, kita masih menggunakan mesin pembuatan yang diimport dari luar," katanya
Berikut adalah spesifikasi pistol berkenaan:
Barrel length: 119.1 mm
Weight: 830gm
Caliber: 9MM
Overall length: 210mm
Height: 139.1mm
Width: 35mm
Magazine capacity: 16
Action: Double Action
Sumber : http://ift.tt/1bq4zcn
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment