.#2KERJA ??? INI PENJELASAN DARI Datuk Shamsuddin Bardan
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan memberi kenyataan berhubung #2kerja ini bahawa di dalam konteks sektor swasta, semua pekerja tidak dibenarkan bekerja dengan lebih dari satu majikan.
Jika dibuat secara diam-diam dan diketahui(oleh majikan), tindakan disiplin akan diambil. Dan ini biasanya melibatkan pekerjaan anda ditamatkan.
Beliau turut menambah perkara ini mungkin juga akan berlaku walaupun kerja kedua itu tidak mempunyai konflik secara langsung dengan kerja pertama. Produktiviti kerja pasti akan menurun.
Namun Shamsuddin turut berkata perkara ini dibolehkan sekiranya pekerja itu mendapat keizinan dari majikannya.
Shamsuddin berkata nasihat dari Ahmad Maslan tidak praktikal dan boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan. - CARI Infonet
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
0 comments:
Post a Comment