Lawan Perogol Gadis ini Didenda RM300

Gambar Hiasan
Lawan Perogol Gadis ini Didenda RM300   | Dunia Akhir zaman.pesalah selamat mangsa pulak yang di cas pulak...
SONDERBORG - DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.
Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam & cuba membuka pakaiannya.
Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dgn penyembur lada.
Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang & remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).
Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yg mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dana utk menolong remaja terbabit membayar denda.
Didenda RM300 kerana lawan perogol
Pegawai sekuriti memeriksa orang awam di stesen kereta api di Denmark. - Gambar hiasan

by noreply@blogger.com (Put Ra) via Paling Busuk

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment