Peragut Wanita Pasar Semenyih Di Belasah Orang Ramai !! Nak Sangat Jalan Mudah. Kejap Ja Balasan Datang Kan. Tapi Kesian Kat Makcik Tu..... Allahuakhbar

Kajang, 31 Jan: Seorang lelaki dikejarkan ke hospital apabila dia dibelasah oleh orang ramai selepas dikatakan meragut seorang wanita di hadapan Pasar Semenyih dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi tadi.

Suspek yang berusia 38 tahun itu bersama rakannya menunggang motosikal sebelum meragut beg tangan mangsa yang dalam perjalanan ke pasar.


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, anak mangsa yang turut menyaksikan kejadian bertindak mengejar suspek bersama beberapa orang awam sebelum salah seorang suspek ditahan.

"Rakan jenayah suspek sempat melarikan diri manakala suspek ditahan orang ramai," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Suspek yang ditangkap kini sedang dirawat di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan selepas dipukul orang awam. -sumber








PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.


Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment