Dari Artis YouTube ke AJL30... Perjalanan Lancar Dengan Pakej Lengkap Seorang Artis. Memang Terbaik !!! Ikuti Pendedahan Perjalanan Laluan Kerjaya Jelitawan "LIzzy"
Dia memuat naik video persembahan menyanyikan ‘cover’ lagu artis terkenal di YouTube sekadar suka-suka. Antara lagu pilihannya, Pencuri nyanyian asal Mark Adam, Kantoi (Zee Avi) dan Terukir Di Bintang (Yuna).
Ternyata perkongsian itu mencuri tumpuan lantas mengubah kehidupan penyanyi Elizabeth Tan. Mesra disapa Lizzy, nasibnya berubah selepas ‘cover’ lagi Havoc nyanyian asal Joe Flizzow dan SonaOne mendapat tontonan hampir sejuta orang sejak dimuat naik pada 2014.
Tidak terus dibayangi Havoc, Lizzy berjaya membina nama sendiri melalui lagu Knock Knock ciptaan sepenuhnya Faizal Tahir. Lagu itu juga membawanya ke Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) yang berlangsung minggu lalu.
Elizabeth yang menjadi artis di bawah pengurusan Paranormal Talents, kini popular dengan lagu Setia bersama Faizal Tahir.
Minat menyanyi bermula sejak usia empat tahun dan hingga kini Elizabeth suka menyanyi. Bukan hanya dia tetapi kakak dan abangnya juga penyanyi.
Kakaknya sering menyanyi di majlis perkahwinan manakala abangnya, Andrew Tan pernah menyertai Malaysian Idol musim pertama.
Pernah belajar di Dallas, Amerika Syarikat selama dua tahun, dia tidak terfikir tindakannya memuat naik video itu memberi peluang kepadanya menjadi artis rakaman.
Tapi siapa sangka, pada awalnya Lizzy mahu jadi pelakon dan pengacara. Dia sering berlakon di depan cermin melakonkan watak kegemarannya dalam filem. Sesekali, dia juga menyertai pementasan teater di sekolahnya. Namun, bidang nyanyian lebih dulu memberi tuah kepadanya.
Impiannya untuk bergelar pelakon tercapai apabila dipilih membintangi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium arahan Mamat Khalid. Lizzy memegang watak Tyra Vlad, gadis berasal dari Amerika Syarikat, tetapi berdarah kacukan Asia.
Bukan sekadar mendapat perhatian peminat di Malaysia, sebaliknya Elizabeth juga mencuri hati peminat di Indonesia apabila muncul dalam satu stesen televisyen di negara itu dalam beberapa program acara seperti Sarah Sechan, Ini talkshow dan Music everywhere.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2016 @ 5:02 AM
0 comments:
Post a Comment