Mencari 3 Wanita Di Dakwa Memukul Dan Menjerut Leher Pengawal Keselamatan Dengan Menggunakan Cadar. Ganas Betul Perempuan Sekarang. Kalah Lelaki Kan



TIGA pelatih wanita yang melarikan diri dan diburu polis. FOTO ihsan Polis

Tiga pelatih wanita di pusat pemulihan penagihan narkotik (PUSPEN) di Kampung Telong, Bachok melarikan diri, 3.30 pagi tadi.





Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, tiga pelatih berkenaan menjalani pemulihan ketagihan dadah di pusat berkenaan beberapa bulan lalu.

Katanya, mereka berusia 27, 35 dan 36 tahun itu melarikan diri selepas mereka memukul dan menjerut leher pengawal keselamatan dengan menggunakan cadar.

“Pengawal lelaki berusia 35 tahun melepaskan diri dan minta bantuan rakannya untuk menahan tiga pelatih itu.



“Namun, tiga pelatih itu sempat lari dengan memanjat pagar,” katanya ketiga-tiga wanita itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, Johor dan Perak.



Beliau berkata, polis sedang mengesan tiga wanita itu untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 19 (3) Akta Penagih Dadah 1983.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment