'TAKKAN TAK BOLEH PARKING DI LADIES PARKING?!
KUALA LUMPUR - Hajat nak marahkan pengawal keselamatan wanita KLCC, rupa-rupanya mengundang padah pada dirinya sendiri apabila seorang lelaki bernama Peter Cheng dikecam teruk selepas memuat naik 'kesilapannya' sendiri di laman sosial.
Difahamkan lelaki itu berkeras mahu memarkirkan kenderaannya di parkir yang dikhaskan untuk wanita. Namun tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan terbabit sehingga berlaku sedikit kekecohan.
"Pagi tadi saya bawa isteri shopping di KLCC untuk Tahun Baru Cina. Pengawal Keselamatan wanita itu pula enggan membenarkan saya parkir di situ kerana tempat itu dikhaskan untuk wanita sahaja.
"Saya beritahu dia yang saya bawa isteri saya pergi membeli belah di bangunan ini, namun dia tetap berkeras tidak membenarkan. Jadi saya menyuruh isteri saya memandu dan parkir kenderaan kami di tempat itu sementara saya pula keluar berjalan ke pintu masuk dan menunggunya di situ.
"Bagaimanapun, wanita tadi tetap tidak membenarkan dan menghalang isteri saya dari parkir di tempat itu. Adakah ini adil? Tindakan wanita itu menyebabkan saya bertelagah dan menjerit dengan lantang padanya agar kami dibenarkan parkir di situ. Apabila saya cuba merakam gambarnya, dia segera beredar.
"Jadi abang-abang dan kakak-kakak sekalian, apa gunanya pergi shopping di KLCC jika ada pengawal keselamatan yang berperangai seperti ini? Di pintu masuk wanita, beberapa pengunjung lelaki yang lain parkir di parkir wanita tanpa sebarang masalah. Tetapi kami pula terpaksa berbelanja RM700 lebih," katanya yang meminta orang ramai 'share' masalahnya itu agar pihak pengurusan mengambil tindakan segera.
Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen mengecam tindakan Peter yang cuba menyalahkan pengawal keselamatan wanita itu.
"Guard itu hanya menjalankan tugas. Ladies parking hanya untuk kereta yang dipandu oleh perempuan atau dalam kumpulan orang perempuan sahaja. Parking ini disediakan untuk keselamatan kaum wanita sahaja, bukan untuk yang datang dengan keluarga.
"Tak faham konsep ladies parking, hentam guard yang jalankan tugas. Kemudian viralkan kebodohan sendiri di media sosial," kata netizen.
Menyedari dirinya dikecam di media sosial, Peter Cheng segera membuang post terdahulu dan memohon maaf kepada orang ramai di atas kesilapannya sendiri. Selain itu, dia juga akan bertemu dengan pengawal keselamatan itu hari ini untuk memohon maaf di atas kekasarannya. - THEHYPEMEDIA.COM
by noreply@blogger.com (kamal sempoi) via Berita Sempoi
0 comments:
Post a Comment