Biodata Dato' Seri Paduka Mukhriz bin Mahathir , Orangnya Hebat, Educated Dan Berwawasan Tinggi Dan Jauh.
Dato' Seri Paduka Mukhriz bin Mahathir (dilahirkan pada November 1964) ialah anak kelima bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Antara 2009 dan 2013, beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-11.
Beliau banyak mengadakan hubungan perniagaan yang besar seperti Opcom Holdings, Kosmo Tech atau lebih dikenali sebagai Persatuan Francais Malaysia. Selain itu, beliau juga pengarah eksekutif dalam Perdana Peace Global Organisation.
Kerjaya politik
Pada tahun 2004, beliau telah menang besar selepas mendapat undian tertinggi untuk salah satu jawatan tertinggi UMNO dan seterusnya telah mendapat jawatan tersebut. Beliau juga dilihat sebagai seorang calon yang berpotensi untuk menjadi Naib Presiden Bahagian Pemuda UMNO. Tetapi, beliau menarik diri daripada pencalonan. Abang beliau, Mokhzani juga seorang yang bergiat aktif dalam UMNO.
Beliau secara berterusan bercakap bagi pihak bapanya mengenai isu perbalahan antara bapanya dan Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2006, beliau telah menang majoriti lima undi di dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Beliau mempertahankan bapanya yang telah kalah di dalam pemilihan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat konspirasi yang mahu menjatuhkan bapanya. Beliau mengalami perselisihan faham dengan UMNO selepas beliau memberi komen terhadap ucapan Perdana Menteri bahawa beliau berasa sedikit hampa terhadap Perdana Menteri kerana tidak menawarkan apa-apa perubahan. Walau bagaimanapun, beliau telah memohon maaf di atas ketelanjurannya.
Namun begitu, dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun (P005). Sebelum ini, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi, tetapi keinginannya telah dibantah oleh 85 daripada 91 cawangan Umno di Langkawi. Tetapi kemudian, banyak pemimpin di Langkawi menyokongnya. Berbeza pula dengan UMNO bahagian Jerlun yang mengalu-alukan beliau untuk bertanding kerusi Parlimen dan mereka berjanji untuk memberi sokongan penuh dalam pilihan raya nanti.
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding dengan menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding untuk kawasan parlimen Jerlun, Kedah. Beliau telah memenangi pertandingan tersebut dengan mendapat undi sebanyak 19,424. Calon lawan beliau ialah Idris Bin Ahmad daripada parti PAS dengan undian sebanyak 17,219. Peratus pengundi yang keluar ialah 99.8% manakala undi rosak sebanyak 599.
Menteri Besar Kedah.
Pada pilihan raya 2013 , Mukhriz melepaskan kerusinya di parlimen persekutuan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Ayer Hitam. Langkah itu diambil dengan tujuan untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional boleh mengalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Azizan Abdul Razak. Mukhriz menang Ayer Hitam mengalahkan Parti Islam Se-Malaysia ( PAS), merampas semula kerajaan negeri Barisan Nasional, dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 6 Mei , sehari selepas pilihan raya, di hadapan ayahnya.
Keluarga
Mukhriz telah pun berkahwin dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau sedang menjawat jawatan Pengerusi bagi Bioven, sebuah badan pertubuhan vaksin bagi kanser.
0 comments:
Post a Comment