Jijik! Kilang kicap dan asam jawa di Ipoh diarah tutup
Jijik! Kilang kicap dan asam jawa di Ipoh diarah tutup Jijik! Kilang kicap dan asam jawa di Ipoh diarah tutup adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Jijik! Kilang kicap dan asam jawa di Ipoh diarah tutup membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Jijik! Kilang kicap dan asam jawa di Ipoh diarah tutup
JIJIK! KILANG KICAP DAN ASAM JAWA DI IPOH DIARAH TUTUP
Dua kilang pemprosesan makanan di kawasan perindustrian di sini diarah tutup selama dua minggu selepas didapati persekitarannya kotor.
Dua premis masing-masing membabitkan kilang asam jawa dan kilang membuat kicap di kesan mengabaikan aspek kebersihan termasuk kehadiran najis binatang.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pemeriksaan mengejut yang dilakukan di kilang pemprosesan asam jawa itu mendapati tempat penyimpanan barang dan tempat pembungkusan di tahap kurang memuaskan.
Menurutnya, walaupun ada inisiatif dan usaha dari pengusaha kilang namun belum mencapai syarat-syarat ditetapkan dan masih terdapat banyak kelemahan.
“Antaranya, pencahayaan yang kurang, pekerja tidak menggunakan apron serta penutup kepala malah ketika pemeriksaan dilakukan terdapat tali, plastik dan surat khabar di bekas asam jawa.
“Selepas mengambil kira semua aspek, kilang ini terpaksa ditutup untuk memberi peluang kepada pemilik kilang melakukan kerja-kerja pembersihan. Pihak penguatkuasa akan datang semula selepas tempoh tersebut, jika masih tidak memuaskan tempoh penutupan kilang akan dilanjutkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyertai Operasi Hou sempena Tahun Baharu Cina, pagi tadi.
Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie.
Sementara itu, pemeriksaan di premis kedua iaitu kilang kicap turut menghadapi masalah sama dari segi kebersihan.
Malah ketika pemeriksaan dilakukan terdapat najis tikus di tempat pemprosesan kicap dan juga lalat yang terdapat di dalam bekas kicap.
Hang Soon berkata, pihaknya telah memberi cadangan kepada pengusaha kilang untuk menambahbaik perkakasan dan beberapa aspek lain supaya kualiti produk yang dihasilkan selamat untuk dimakan oleh pengguna.
Tindakan yang diambil ke atas kedua-dua premis berkenaan dibawah Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Sumber: Sinar Harian
Jijik! Kilang kicap dan asam jawa di Ipoh diarah tutup ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Jijik! Kilang kicap dan asam jawa di Ipoh diarah tutup and get update.
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment