SPRM Mahu Heret Najib Razak Atas Tuduhan Penyelewengan Jenayah

Pendedahan! SPRM Mahu Heret Najib Razak Atas Tuduhan Penyelewengan Jenayah.png

Pendedahan! SPRM mahu heret Najib Razak atas tuduhan penyelewengan jenayah. Sumber Reutersmendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa atas tuduhan penyelewengan jenayah.
Dalam satu laporan hari ini, agensi berita itu berkata sumbernya di SPRM memberitahu apabila ia menyerahkan keputusan siasatannya kepada Peguam Negara, akhir Disember tahun lalu, suruhanjaya itu mencadangkan supaya Najib dibawa ke mahkamah.
“Ia satu kes yang cukup mudah. Kami membuat cadangan supaya dakwaan difailkan tetapi sebaliknya Peguam Negara memilih untuk menolaknya,” kata sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya mahupun mengulas lanjut.
Pejabat Peguam Negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menutup semua siasatan ke atas Najib, selepas mengkaji laporan daripada SPRM terhadap kes-kes yang melibatkan jumlah wang yang besar wang dipindahkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
SPRM dalam satu kenyataan berkata ia akan mendapatkan semakan mengenai keputusan itu dan enggan membuat sebarang komen lanjut mengenai keputusan Peguam Negara.
Sementara itu, Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel khas SPRM mahu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi penjelasan kepada orang ramai mengapa beliau tidak memberi tekanan untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang juga jurucakap bagi panel khas itu berkata, ia membantu orang ramai untuk memahami sebab di sebalik keputusan Apandi.
“Kami rasa terdapat perkara tertentu mereka (orang awam) mahu tahu mengapa kes itu ditutup,” kata Musa dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang juga penasihat SPRM menambah, perkara itu dapat membantu menghilangkan salah faham di kalangan orang ramai.
“Beliau (Apandi) berhutang penjelasan dengan orang ramai untuk menunjukkan bahawa keputusannya tidak arbitarary atau (dibuat) dengan niat jahat,” kata Noor.
Sebelum itu, Musa berkata, panel terbabit menasihatkan badan anti rasuah itu supaya melibatkan diri dengan Apandi.
“Panel mengambil perhatian terhadap keputusan baru-baru ini oleh peguam negara berkaitan dengan RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd (kes RM42 juta) yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kedua-dua panel menasihatkan SPRM untuk melibatkan diri dengan peguam negara mengenai keputusan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan selepas pertemuan selama hampir lima jam.
Menurut kenyataan yang disertakan, PPO terdiri daripada mereka yang dilantik perdana menteri untuk meneliti laporan daripada SPRM berhubung keputusan mengenai kertas siasatan yang dibuat AG dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan ke atas kes-kes di mana tiada pendakwaan dilakukan.
Manakala panel bebas khas ini terdiri daripada lima ahli, yang merupakan anggota tiga daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
Panel ini ditubuhkan atas syor jawatankuasa khas mengenai rasuah dipengerusikan oleh presiden Senat Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang.
Selasa lalu, Apandi membersihkan nama perdana menteri berhubung derma RM2.6 bilion yang diterimanya dan kes berkaitan RM42 juta SRC International Sdn Bhd serta mengarahkan SPRM menutup kes tersebut.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment