WOW ! SIAPA SANGKA WATSON NYAMBEK BOLEH CAKAP MACAM NI PADA KHAIRUL HAFIZ LEPAS DAPAT TAHU REKODNYA SELAMA INI DIPECAHKAN


Sumber: Astro Awani Oleh: Aimi Nordin
Pelari pecut dari Melaka Pelari pecut dari Melaka Khairul Hafiz Jantan buat julung kalinya telah memecahkan rekod yang selama ini dipegang oleh legend Watson Nyambek iaitu 10.30 saat dalam acara 100 meter dengan catatab 10.18 saat pada saingan SUKMA 2016.
Bekas jaguh pelari pecut negara, Watson Nyambek mengakui tak menyangka rekod yang dipegang selama ini mampu dileburkan oleh Khairul Hafiz Jantan di negeri kelahirannya sendiri. 
Ia seperti menjadi sejarah kerana begitu lama rekod 10.30 saat itu miliknya hingga dipecahkan oleh pelari mudah di Stadium Sarawak.
"Selepas melihat aksi separuh akhir pagi tadi, naluri saya menyatakan dia semakin kuat dan boleh meraih emas. Tetapi tidak jangka dia akan pecahkan rekod.
"Bagaimanapun, saya sangat gembira dengan pencapaiannya kerana ada generasi baharu yang semakin meningkat dari segi prestasi," katanya seperti dipetik sebuah stesen televisyen.
Khairul Hafiz hari ini muncul manusia terpantas negara ini apabila menamatkan larian 100m Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Stadium Sarawak di sini, dalam masa 10.18s.
Ia sekali gus mengatasi rekod 10.30s milik Watson yang dicatatkan pada Kejohanan Sukan Pra-Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga ada memuat naik satu tweetnya. 
Armin Lute

Share this

Related Posts


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment