Belajar Sampai Darjah 6 Je. Gaji Pertama Beli Seekor Lembu. Sekarang? Pendapatan Lebih RM 1 Juta


1_58
Sumber: HMetro Oleh: Aimi Nordin
Siapa kata orang yang belajar tak habis tak boleh berjaya? Kadang-kadang bukan pendidikan formal yang kita perlukan. Cukup lah pendidikan bagaimana untuk memajukan diri sendiri dan cari bakat yang ada pada diri kita. InsyaAllah kita mampu. Ini lah yang dibuktikan oleh Saipol Azmir Zainuddin hasil kerja keras dan ketekunannya memulakan ternakannya dengan hanya seekor lembu.
“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil,” katanya.
“Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” katanya yang  membeli seekor lembu berharga RM450 untuk diternak dan dibiakkan menggunakan gaji pertama sebanyak RM750 sebulan.
“Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.
“Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.
“Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri,” katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung Endah, Banting, Selangor, baru-baru ini.
Kini dia boleh berbangga dengan dirinya apabila memiliki 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu dianggap sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu terutama menjelang Aidiladha. Saipol Azmir berkata, ketika berusia 19 tahun, dia mula menjual lembu secara serius dan sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri sebelum mendirikan rumah tangga, setahun kemudian.
2_53
3_43
Armin Lute

Share this

Related Posts


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment