Nelayan Terkejut Jumpa Objek Misteri Di Tengah-Tengah Lautan


Australia, 31 Julai - Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui satu objek misteri berbentuk seperti bola terapung di perairan Australia barat sebelum objek itu dimakan oleh sekumpulan jerung.

Mark Watkins dan bapanya ketika itu sedang menangkap ikan 25 batu nautika dari Bunbury, selatan Perth apabila mereka menemui objek terbabit.

Pada mulanya, Watkins, 36, menyangka objek itu sebuah bot atau belon udara panas namun sangkaannya itu meleset apabila mendekati objek itu yang rupa-rupanya bangkai seekor ikan paus yang telah mengembung.

"Bila kami semakin dekat, baru kami tahu ia mesti seekor ikan paus yang telah mati kerana baunya yang teramat busuk", kata Watkins.

Ikan paus itu kelihatan seolah-olah berwarna pink kerana kulitnya yang menegang.

Menurut Watkins lagi, bangkai itu kemudiannya mengecut semula selepas dipercayai digigit jerung memandangkan ada sekumpulan jerung berada di kawasan itu dan bekas gigitan di bangkai berkenaan.

Keadaan ikan tersebut selepas mengecut

Sumber : Dailymail
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment