(Video) Kehidupan Mewah VVIP Raja Dadah Brazil Dalam Sel Penjara Terbongkar, Gemparkan Pihak Berkuasa
PARAGUAY - Pihak berkuasa Paraguay terkejut besar apabila mendapati sel penjara yang dihuni oleh raja dadah Brazil dilengkapi dengan tiga bilik mewah; yang mana lengkap dengan perpustakaan, dapur, bilik persidangan dan televisyen plasma.
Raja dadah Brazil itu, Jarvis Chimenes Pavao dihukum penjara lapan tahun atas kesalahan penggubahan wang haram diletakkan di Penjara Tacumbu di ibu negara Paraguay, Asuncion.
Namun, kehidupan mewah yang dijalani oleh lelaki itu hanya terbongkar apabila sebuah bom ditemui di dalam penjara itu.
Pavao yang dijadualkan bebas pada tahun depan dan akan diekstradisi kembali ke Brazil atas tuduhan dadah, dipercayai merancang untuk menggunakan bahan letupan plastik untuk membuat lubang di dinding penjara itu untuk melarikan diri.
Namun, rancangannya itu terbongkar dan polis menyerbu penjara itu untuk melakukan siasatan seterusnya mendapati sel penjara mewah yang dihuni olehnya.
Menurut Sinar Online, Sel VIP itu dilengkapi dengan tiga bilik yang lengkap dengan bilik manda, dapur, ruang persidangan, penyaman udara, dinding berjubin, perabot mewah serta perpustakaan yang lengkap dengan koleksi DVD untuk ditonton pada skrin TV plasma.
Penemuan itu mengejutkan sistem penghukuman Paraguay.
Menurut peguam raya dadah itu, Laura Acasuso, rasuah membolehkan anak guamnya itu hidup secara mewah di dalam sel penjara itu.
"Enam atau tujuh menteri kehakiman dan enam atau tujuh pengarah penjara mengambil rasuah daripada Chimenes Pavao," katanya.
Susulan terbongkarnya rahsia ini, Menteri Kehakiman, Carla Bacigalupo dipecat dan diganti dengan Ever Martinez yang berikrar untuk mengambil tindakan keras berhubung perkara itu.
"Kami akan merobohkan sel Chimenes Pavao dan mengambil tindakan terhadap pengarah penjara yang membenarkan banduan tersebut menikmati keistimewaan seumpama ini," katanya.
Pavao kini telah pun dipindahkan ke sel dalam unit operasi khas polis.
Namun, pemindahan Pavao itu dirindui oleh kebanyakan 3,500 penghuni penjara terbabit.
"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi terhadap kami tanpa dia," kata seorang banduan yang tidak mahu namanya disiarkan.
Katanya juga, Pavao seorang yang dermawan danmurah hati serta membayar kos untuk padang bola sepak, gerja di penjara dan menggaji pengawal peribadi di kalangan penghuni.
Tambah peguamnya lagi, Chimenes Pavao turut membayar penginapan pengarah penjara, tandas untuk pengawal serta pengubahsuaian perpustakaan penjara dan gaji tukang masak. - Siakapkeli.my
Bilik persidangan Pavao |
Peti sejuk di dalam sel penjara itu |
Peti sejuk di dalam sel penjara itu |
Antara barang-barang yang diletakkan di dalam sel itu |
Antara barang-barang yang diletakkan di dalam sel itu |
Tempat tidur dilengkapi dengan sebuah meja kaca |
Sumber : Sinar Online
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment